CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 28, 2009

Konpiusing???

Aduyai..
Ekceli gua nih tengah konpius skg. Gua pun tatau la kenapa moment kekonpiusan melanda gua. Sebelum nih tak pernah pulak gua rasa konpius. Tapi hari ini memang gua terasa amat konpius. Bangun pagi2 dah blur. Serba tak kena jadi gua hari ini. Nak makan pun tak selera. Makan nasi ngan sotong pun gua cuma abeh sepinggan je. Memang tak selera ah. Argghhhh!!!

Gua syak ini semua gara-gara 2 orang awek yang cun yang muncul dalam hidup gua la ni. Tak pernah2 2 awek cun muncul serentak. Selalunya sorg sorg ja. Ni 2 org sekali muncul. Mau tak bikin gua sasau. Pastu dua2 cun melecun pulak tuh. Ish2 cobaan.

Mungkin ini rezeki buat gua kot. Syukur gua kepada Maha Pencipta kerana mempertemukan gua dengan 2 orang gadis yang cun ini. Diorang berdua ni memang menyebabkan jiwa gua yang ganas jadi lembut tetiba. Memang gua cair la tengok mereka berdua ni. Gua memang sanggup menyerahkan segalanya untuk diorang berdua. Gila ah jiwang gua sekarang.

Tapi yang menjadi masalah sekarang, gua hanya memerlukan seorang ja untuk menjadi bini gua. Takkan gua nak kena pilih dua2 kot. Kalu dua2 tuh setuju memang takde hal la. Gua berani potong kuku ah diorang takkan setuju nya. Silap-silap mahu Perang Dunia Baru meletusnya.

Fenin gua!
Macam diluah mati emak, ditelan mati bapak pulak. Kalu boleh gua tak nak la luah ke telan ke sampai dua2 mak ayah gua mati. Kang yatim piatu pulak gua ni. Gua mahu mengembirakan semua orang. Tapi apakah daya gua. Gua cuma diberi satu pilihan ja oleh mak gua.

"Kalu lu nak kawen, lu pilih si F atau si L je anakku..kalu lu pilih dua2 mak sebat lu punya bontot sampai tak bleh kawen!" sound mak gua bersungguh-sungguh.

Bergoyang kapla lutut gua.
Dalam hati gua berbisik "Sejak bila mak gua ni gheti ber LU GUA ngan gua lak ni?"
Pengaruh rakan sebaya la ni sampai mak gua pun dah terel skang. Bagus-bagus!

Aduyai lagi sekali. Begitu susah untuk memilih bini sebenarnya. Gua ingat senang ja. Gua syak gua dah silap percaturan dah nih. Tapi takper la. Gua menyerahkan semua ini kepada takdir gua. Gua harap antara F dan L ni akan menjadi salah satu bini gua. Amin.

NotaIbuJari:
Di kala nota ini berakhir, gua masih belum membuat keputusan samada untuk memilih Lisa Surihani atau Fazura untuk menjadi bini gua.

Sekian. Calus!!

Saturday, June 27, 2009

Ronaldo Seals Real Move


Gua baru je bukak Soccernet. Tengok2 terpampang kt front page dia, "Ronaldo Seals Real Move".
Akhirnya Ronaldo telah sah menjadi milik Real Madrid. Bkn khabar angin sepoi2 bahasa lagi dah nih. Dek kata Tok Guru Bujang Lapok. "Ini betol2 bukan cobaan lagi dah"

Bagi gua. Ronaldo nih mmg aset yang penting MU. Dia takde mmg satu kehilangan yang amat besarla. Nak2 Tevez pun tak nak sign new contract gak. Mmg ssh sket la MU next sizen. Tapi gua still berfikiran positif yang MU akan dapat memberikan cabaran hebat pd LIverfool, Chelshit, n Arsengal. Takde hal la. Baru hilang 2 org.
(Ayat nak sedapkan hati sebenarnya ni). Lain lah kalu Carrick n Vidic blah tuh mmg gua goyang gak sizen depan nih.

Untuk Ronaldo, gua ucapkan lu selamat menempuh cabaran dan persekitaran yang baru di sana dan gua berharap lu akan berjaya menjadi cempien La Liga. Kat sana nti lu jadi musuh gua la sebab gua sapot Barca. Dan gua amat berharap Real akan bertemu ng MU di Champions League nanti. Gua nak tengok adakah lu makin hebat or makin hambar. Kita sama sama tunggu dan lihat.

Di sini gua juga mahu mengucapkan jutaan terima kasih untuk lu kerana disebabkan gol2 lu, telah membantu gua membakar fan2 lain sizen lepas smpi ada yang tensen ngan gua.

Terima kasih Ron!


Friday, June 26, 2009

MJ or Mat Jenin

Pagi ini, ketika gua sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja gua memerangkap tapak projek, gua telah dikejutkan dengan berita kematian raja pop Michael Jackson. Gua takde la terkejut sangat pun cuma macam tak percaya je sbb baru semalam gua bermain2 dengan lagu beliau.

Sampai je kat site, tanpa berlengah gua terus membuka laptop banyak berjasa gua untuk mencari berita pasal MJ nih. Gua bukak la UtusanOnline kot2 ada berita terkini pasal beliau. Tapi apa yang dipaparkan hanyalah seperti di bawah.

"Los Angeles 26 Jun - Michael Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles - Reuters"

Tahniah. Memang ringkas dan padat.

Thursday, June 25, 2009

Gua Rela

Woowooo!!

Masuk ini hari, sudah 5 hari gua merentas Laut China Selatan. Gua macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Gua kena kerja di Sabah. Tak pernah terlintas walau seciput pun dalam kapla otak gua ni untuk kerja di Sabah. Bapak ah jauh dari kota metropolitan Malaysia nih. Tapi apalah daya gua untuk menghalang takdir gua. Gua rela.

1st day gua menjejak kaki di sini gua rasa cam bkn kt Malaysia pulak. Yela, nak msok pn kena amik permit pulak. Ingat gua nih pendatang asing ke ape. Gua anak jati Malaysia la beb. Kat IC gua terang2 tertulis yang gua nih warganegara Malaysia yang sah. Siap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara sahkan lagi tuh. Tensen tol ah gua camnih. Gua masok Thailand pun takyah amik permit. Rilek je. Nih nak msok Sabah kena pulak. Adoiii!! Tapi takpa. Nak buat camno. Gua rela.

2nd day gua bersama sama ng bos gua gigih berusaha mencari rumah2 untuk disewa. Habis semua iklan kat sok kabar gua belek. Sebelum nih gua tak pernah pulak berpeluang membelek iklan sedemikian rupa tapi kat sini gua berpeluang. Gua mengesyorkan kat bos gua supaya menyewa sebuah rumah yang telah penuh diperabutkan agar tidak menyusahkan diri gua untuk membeli di kemudian hari. Tapi malangnya cadangan gua ditolak mentah mentah oleh bos gua. Gua pasrah. Setelah mengsurvey beberapa buah rumah dan berjumpa ng empunya rumah akhirnya bos gua mengambil keputusan untuk hanya menyewa sebuah bilik hotel. Semua rumah tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh beliau. Gua pun tatau ape kriteria2 yang bos gua perlukan. Mungkin perlu ada sorg pembantu rumah yang cun kot. Sukati bos la.
Gua rela.

Hari ketiga, gua memulakan kerja gua dgn penuh bersemangat. Gua mahu setelkan kerja gua secepat yang mungkin sebelum bos gua bertolak pulang ke kota metropolitan. Gua mahu menunjukkan kehebatan gua di depan bos gua bahawa gua ni sorg pekerja yang cemerlang. Sebenarnya gua cuma nak membodek bos gua supaya upkan lagi gaji gua biar mencecah puluhan ribu ringgit. Baru masyuk beb.

"Abeh projek nih bolehla gua mengangkat sejibik Type-R untuk gua berlagak di depan member2." Gua berangan sendirian.

"Pokpih, abg rasa projek ni memerlukan bajet yang tinggi sebab kita terpaksa berulang alik dari KL-KK." Bos gua bersuara tetiba.

Hati gua tersentap. Type-R yang gua angan2 kan itu hanya bermain2 di laptop gua jela.
Gua rela.

Hari ke-4 gua masuk keje seperti biasa. Pagi2 lg gua sudah terpacak di depan mesin punch. Semua org kt opis baru gua memandang gua semacam je. Gua pn buat selambe derk je sbb gua takde lak kacau dorg semayang. Teros gua mengepunch punch card gua.

"Apehal merah lak nih?" Gua kehairanan.

Cis! rupanya dah kul 9.30 am. Mmg patutla gua kena cop merah. Muka gua blushing tetiba.
Gua rela.

Calus!

Wednesday, June 24, 2009

Tanak ah Gua Makan McD Lagi Lepas Ni

Ahad lepas gua bangun bapak awal eh dr biase..slalu ari2 ahad nih gua akan bangun sblm 12.30 tghari(gua tdo lps subuh dowh..jgn slh paham lak)..kalu x 12.30 mmg gua xkan bgn ah..gua bgn tuh pn sbb gua nk lyn cite dan gosip2 artis msia yaitu melodi..mmg gua xpenah miss la..penah gua miss skali tp..seb baek donia tanpa sempadan membantu gua..dpt gak gua melayan di tv3 dot com dot my..

Eh..pehal gua cite psl melodi nih..silap2..

Ok gua sambung ayat mula2 gua td..kul6.30 pg gua dah membuka mata gua dan terus mengambil wuduk utk solat subuh sorg diri..slps menyembahkan diri gua pd Yang Maha Esa..gua tataw nk wat mnde..gua bukak laptop gua..klik mozila...bukak soccernet..tgk transfer window smbil mengharap MU akan beli sorg player nk ganti ronaldo..tp hampa..tiada perkembangan terkini..

"demm toll ah Sir Alex ni..bile ah nk agkt sorg star ag" marah gua ng gaya xsaba.

Last2 gua tensen..gua close firefox..bukak ym..hmm apekejadahnye nk berYM pg2 buto..xdo sapo yg on9 pn..gua kuciwa lg dan teros tertido

********

Tiba2 henpon gua berjoget ng lagu dr cite Witch Yoo Hee..gua pn tersedar..dan tros bangkit ng pantas mencapai henpon gua..

"Awek mn plak nih ajak gua dating pg2 buto nih" gua berkata ng penuh harapan.

Sekali gua hampa buat kali ketiga arini..rupanya mbr gua pjol yg kol tanya bile nk jmpe die...cesss..penat je gua mengharap awek td..rupanya jantan yg kol..

********

Setelah bersiap2 ng ala kadar je (watpe nk lawa2 kan..jmpe jantan je pn) tros ng EX5 gua menuju ke McDonald Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Smpi di sana gua park motor gua berhadapan ng sorg awek. Awek itu hanya memandang sepi je gua. Maklumla gua nih hanya bermotorkan EX5 je..gua pasrah..

Gua pn mengkoling Pjol dan dia suh gua tunggu. Lagi 5minit dia akan smpi. Gua pn tunggu la mbr baek gua tuh smbil mata gua mengusha sekeliling kot2 ade awek yg sgkut ng gua arini.

Gua kuciwa lg. Nampak nye tiada awek yg lalu lalang di depan gua.
"Rasa macam nk bekpes kt McD la pulak arini, baru Mat Saleh sket" gua berkata ng diri gua. Gua pn mengambil keputusan utk masok ke dalam McD utk mematsalehkan diri gua nih.

Gua pn pergi la kt kaunter dan gua tgk sume set breakfast n lunch je ade. Gua tertarik akan set Breakfast McValue Meal yg berharga cuma rm4. Murah tuh. Gua pn bkn ade duit sgt. Tapi kalu 4hengget tuh apedehal.

Dengan yakin dan konfiden gua teros mengorder nye.

"Miss, gimme one set of Sausage McMuffin with Egg k"
kata gua sambil membetulkan lidah yg hampir terbelit nih.
"Ini saje ke bang" tnye adik kaunter tuh.
"Yup" gua membalas smbil menelan air liur.

Gua igtkan adik kaunter tuh igt gua nih mat saleh. Cis! gua xberjaya nak memperdaya adik kaunter itu.

"Semuanya Lapan Ringgit Lima Puluh Sen bang" kata adik kaunter tuh pd gua.

Gua pn tros membuka wallet buruk gua utk mengambil note merah bernombor slpoh. Sekali gua note merah itu tidak dpt dikesan dan yang ada cuma sekeping note hijau dan 2keping note biru. Gua dah menggelabah semacam je. Time tuh gua rasa peluh jantan mengalir dengan laju. Selaju roket yg membawa Sheikh Muzaffar ke angkasa lepas. Adik kaunter itu memandang gua sambil tersenyum sumbing.

"Kerempek punya wallet. Time nih dia tanak ade duit pulak" marah gua pada wallet radioactive lusuh gua.

Setelah penat mengexplore wallet gua tuh. Akhirnya gua dapat temui sekeping note biru yang agak lame (rm2) yg gua simpan utk gua tunjuk kt anak cucu gua nanti terselit di celah2 poket wallet gua. Gua amat bersyukur kerna Tuhan telah menyelamatkan gua dari penghinaan yg amat besar dalam hidup gua.

Setelah membayar makanan itu, adik kaunter telah memulangkan baki wang sebanyak 50sen itu kepada gua dan dia sempat berpesan pd gua.

"Kalu nak makan tuh, cek dl la duit bang oi"

Gua teros berlalu tanpa memandang wajah adik kaunter itu.

"Demmm..Tanak ah gua makan McD lagi lepas nih".

Sekian..

Saturday, June 20, 2009

Kajian

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Benda kt atas nih adalah hasil kajian drpd Dr FK (bkn Farid Kamil ye) tentang sifat2 manusia yg lahir dlm bulan Jun..saspek la same lu dokter...mmg tepat ng sifat gua yang positif nih..jutaan trimas kasih kerna memahami gua dokter..cayalah!!

Sume bulan..dr Januari hingga Disember telah Dr FK buat..dan semua orang mengakui akan kebetulan kajian ini..tapi kajian mengenai manusia yang lahir xckup bulan..camno pulak dokter?xnak tambah ke?

Nak je gua pegi tanya Dr FK skg nih tp agak2 dia layan x soklan bodoh gua nih? =)
Calusss!!

Monday, June 15, 2009

DuaPuluhEmpat

"Cita-cita saya adalah utk menjadi seorang arkitek yang berjaaaye."

Tiba tiba kedengaran hilai ketawa yang amat membingitkan bergema seluruh ruang surau SMAPL..gua masih bingung dan hanya mampu tersenyumn dan tersengih..gua masih tidak mengerti apakah sbnrnya yg berlaku..

"Adakah salah cita2 gua utk menjadi sorg arkitek yang berjaya?"
g
ua bermonolog sndrian..

"takpela..pedulikan ape org nk kata..yang penting gua ade cita2 sndri
"
gua menyedapkan hati gua yg gundah gulana dan gua yakin gua pasti akan berjaya kelak..+)

Slps solat isyak..barula gua ngerti knape hilai ketawa itu berlaku..sbbnye slang KL gua msih lg berbau budu cap ketereh..maklumla..ari 1st gua di negeri org..

B**istol..

*******

Arini genapla umur gua 24..Wah!!
Dimanakah cita2 gua dahulu..arkitek..berkubur teros..hahha
Tapi takpelah sekurang kurangnya gua telah berjaya menjadi sorg manusia yang berguna..takdelah gua menyusahkan makbapak gua..wlpn gua hanya sorg manusia biasa..gua hepi ng idop gua..

Trima kaseh kepada mmbr2 yg sudi mengewish hepi besdei kt gua arini..rasa terharu la pulakk..hahah

Oret..Caluss


Friday, June 12, 2009

Sunset Di Putrajaya Extended









Akhirnya dpt gak gua mengupload gamba2 gua lepak di kala petang sabtu lepas bersama sama asip n sifu gua..ainuden..wlpn kebanyakan pic nih dr kamera ain..tp slambelah..huahuhau..

Sabtu lepas gua telah blaja satu lg bnde baru...cmne nk amek gamba time sunset..n camne nk wat CLS (Creative Lighting System)..wlpn gua xde lg speedlite tp gua dpt blaja gak ng bantuan speedlite ain..satu pn jadi la..tp kalu ade satu lg..mmg care abeh la..adusss..bile la gua br berkesempatan utk mengangkat satu speedlite nih..xde ke org nk sedekahkan kt gua sjibik..huhuhu

Okla..gua xleh nk merapu byk arini sbb selsema sdg menghantui diri gua yg lemah ini..oret gua mau cari soluble dl..
Calus..

Wednesday, June 10, 2009

Sunset Di Putrajaya

Arini..
Gua dipaksa oleh bos gua pegi Port Tanjung Pelepas...tarik VGA cable kt sn..gua dah malas daa..ade ke ari jumaat suh g sn..sok dah la cuti..masa utk gua merestkan badan gua yg xbrapa nk sakit nih..demm tol..(hati gua menyeranah)..tp dek komitmen keje dan memikirkan gua sorg pekerja yg baek..gua pn berlepas gak ke sana menaiki supervanet kompeni gua yg mmg tahap legend..knape gua ckp legend..sbb supervanet tuh telah menjelajah ke sluruh msia tolak sabah n sarawak je tanpa sorg pn dikalangan drebar nye ade GDL....mmg legend..gua rs..kalu ade jmbtan nk ke sarawak tuh konpem2 supervanet nih dah smpi dah..pasti..

Tepat jam 12.01pm..dgn supervanet yg sepatutnya diserbis tp xdiserbis wlpn dah lebey 4000km tp gua ng slambe memanduji nye..dlm kapla gua..kalu jd pape kt tgh hiway nti..mampos gua..dah la gua psl repair nih xbrapa nk gheti..mmg mampos la..cuma dlm ati gua..gua berdoa byk2 supaya xjadi pape nti..amin..kalu jd pn gua pasrah jela...

Smbil memandu dgn kadar 150km/j(cehh xnk ngalah tuh..padehal slow je) n mendengar radio sinar..gua sentiasa melihat cermin pandang belakang gua..mujurlah tiada yg bergerak laju dr arah kiri gua sambil membunyikan hon..gua terasa agak pelik gak la..nape la xde keta yg nk potong belah kiri gua nih..rupa rupanya br gua sedari smmgnya gua dok blah kiri je dr pucong smpi gelang patah..

Smpi di PTP dlm kul 5..gua terus melakukan keje penarikan kabel VGA tuh..target gua keje tuh akan dpt disiapkan dlm ms sejam je..satu point je pn..kacang ah..kerna gua kne bergegas ke Melaka utk berjumpa Jaba n membeli lense br gua..nikon 18-70mm..yihaa..ati gua bersorak girang..

Hujan gua sangka besh..rupanya panas je skg nih..keje gua di PTP tertangguh n bakal lense gua kt Melaka ada fungus pulak..dabel keciwa gua arituh..demmm...dlm pale otak gua nih dah terbayang bayang gua bermain main dan bergurau senda ng 18-70mm tuh ..skali jadi angan2 jela..xpelahh..gua memujuk diri gua..saba bro..sok masih ada (cm tajuk novel la pulak).

Setelah itu gua kuatkan semangat gua utk menyiapkan keje kt PTP nih secepat mungkin sbb gua xnk lpk lame2 kt johor nih..buhsan dol..asik johor je..kalu kt UK tuh xpelah..nih xabeh2 johor..aduyaii..gua mengeluh sorg diri..

Akhirnya dgn paduan pikiran gua dan mbr2 gua..yaitu Budi n Hafiz..kitorg berjaya gak menyetelkan projek tarikan kabel VGA itu..gua ng bangga menelepon senior engineer gua, Ujang..bg melaporkan kesetelan kerja gua bertiga...gua mndapat pujian melangit dr SE gua..mmg time tuh gua rs abeh sume lobang kt badan gua nih terbuka kembang..wakkaaka..
1st time dpt pujian xikhlas..sape xbangga kan..suma org konpem bangga ah..xyah la nk kencing gua...

Setelah selesai sume kerja gua bertiga pn bertolak utk pulang ke rumah gua yg dirindui itu..tapi sblm blk gua lpak2 dl kt gelang patah sambil menikmati juadah masakan panas imported khas dr negara sblh negeri gua..Thailand..mmg care abeh ah masakan die...ditambah lak ade awek2 siam yg agak panas di sana..mmg berselera abeh gua mkn..nk je gua oder sepinggan lg..tp memikirkan gua skg nih tgh berdiet..gua lupakan jela niat murni gua itu..

Oleh kerna gua dan 2org mbr gua sudah kekenyangan yg amat..suma sudah malas utk mendrivekan supervanet tuh...last2 gua gak yg menjadi mangsa keadaan dek kerna gua sorg je yg ade lesen..cis sungguh..

Dengan penuh konsentrasi gua memandu supervanet kompeni gua tanpa memikirkan ape2 implikasi..gua hanya memandu dan memandu menuju ke destinasi cinta gua..tp sesekali tuh gua rasa gua da terlelap selama 2sekens..tp mujurlah tidak ade ape2 yg berlaku..utk menghilangkan ngantuk tuh gua melakukan senaman meletupkan badan dan tengkuk gua..tp still negative..abeh senaman dr mata hingga ke ibu jari kaki kiri gua sudah gua lakukan..tp outputnye still negative..IQ gua nih dah penat memikir cmne cara nk menghilangkan perasaan mengantuk yg amat dalam nih..last2 gua mendapat idea yg agak bernas..gua membuka henpon sony eriksen z610i gua..dan terus mencari folder games...dan tterus gua bermain game diamond sambil memandu..alhamdulillah perasaan ngantuk itu dapat gua atasi dgn jayanya...dan akhirnya gua smpi ke umh gua dgn cemerlang tepat jam 6am...
buat kedua kalinya utk arini gua berasa bangga ng diri gua..
Yeahhhh!!!

Gua menepuk tgn kesorgan..clap2...

Smpi di rumah n tanpa berlengah lengah gua terus mencari toto gua dan eh silap..bkn toto gua teros mencari paip utk mengambil wuduk dan bersolat dan bersujud serta menyembah pada pencipta gua Yang Maha Esa smbil memohon seribu keampunan di atas dosa2 gua lakukan arini..

Sekian saje perjalanan idop gua utk ari jumaat yg lps..


***mmg lari tajuk..xde kaitan langsung..sbb gua igt nk post psl sunset putrajaya..skali terlalut lak..xpela..nti gua guna tajuk nih utk entry seterusnya..gua jnji..hahahha

Calus!