CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 20, 2009

Lagenda Baru Sudah Muncul

Gambar ni gua cilok drpd cikzul photoskul

Sesungguhnya baru arini gua tau sebenarnya ada di kalangan anak melayu kita yang berharga 81 juta pounds. Tahniah brader!!

Sunday, July 19, 2009

United Signed Amri Yahyah?

Aksi Amri yang memukau malam tadi telah menarik perhatian SAF

Setelah menjaringkan 2 gol yang begitu menakjubkan pada malam tadi. Sir Alex Ferguson (SAF) dikatakan sedang merisik khabar untuk mengambil tandatangan Amri Yahyah bagi mewakili Syaitan Merah pada musim depan. Dikatakan perbincangan perpindahan ini belum menemui jalan penyelesaiannya kerana Selangor hanya akan melepaskan Amri Yahyah pada harga 200 ribu pounds sterling. -Bername

Adakah Amri Yahyah akan menjadi orang terakhir yang dibawa SAF ke Old Trafford?
Sama-sama kita nantikan.

Wednesday, July 15, 2009

Sengal

Harini gua terasa sengal-sengal ubi saje. Gua pun tatau kenapa gua bulih menjadi sedemikian rupa. Padehal arini adalah hari di mana kehidupan baru gua akan bermula. Oghe Kelate cakap 'A New Journey Begins'. Mungkin sebab gua agak kemalu maluan ini hari. Maka terjadi la sindrom sengal-sengal ubi ni. Gua harap esok gua tidak akan sengal-sengal ubi lagi. Amin...
Calus!!

Tuesday, July 14, 2009

Renungan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

++++

Gua dah lama nak up ayat-ayat di atas, tapi selalu terlupa.
Cakap saja tak guna. Kalu gua sendiri tak praktikkan.
Sekian.

Monday, July 6, 2009

Jangan Conteng Di Sini



Ini adalah 2 contoh pepatah klasik yang berjaya gua temui semasa perjalanan gua menaiki tangga tadi. Terkenang gua akan masa muda gua yang asyik dengan buku ja. (Ayat ni tipu je).

Sape yang cipta ayat klasik di atas memang gua saspek abeh la. Gua ingat ayat nih femes time gua sekolah dulu2 ja. Tapi sampai sekarang masih digunapakai lagi. Sapelah yang tulis tuh. Gua syak mesti dia tulis time nak dekat2 exam ni. Takpun dia tulis time dia baru lepas kena tinggal dengan awek nih. Tapi gua konpom yang tulis ni konpom laki. Sebabnya tulisan beliau agak tidak lawa. Satu je gua doa agar beliau menjadi seorang pakar motivasi cam Dr FK.

Calus!

Saturday, July 4, 2009

Membeli Orang

"Apa cerita angkat sisa Liverpool ni?" -ikan

Inilah sms yang gua dapat semalam di kala gua sedang bersenang senang di kamar tidur gua.Haram jadah betul. Ingat SAF nak amek la sorg dua star. Sekali beliau cuma amek bekas star je. Kuciwa gua.Tapi takpe la. Gua harap bintang Owen akan bersinar di Teater Impian.

+++


Pagi-pagi ni gua bukak soccernet, "Confirm: Owen To United"

Owen Berbangga Dengan Jersi Baru MU

"Selamat Datang Wen! Buat macam rumah sendiri la ye!"