CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 22, 2009

Satu Hari Di Hari Puasa

Selamat Berpuasa gua ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Terlebih dulu gua mahu memohonkan seribu kemaafan jika gua ada terkutuk terkata termaki tercaci dan lain lain ter lagi la. Gua nih manusia biasa ja. Tak lari dari membuat silap. =)

Gua arini naseb baek sempat sahur. Bangun dah kul 5suku. Aiyak. Gua malam tadi ingat nak tidur kejap ja. Kul2 igt nak bangun balik. Cari makanan sebab perot gua nih belum menjamah sebarang nasi lagi sejak kelmarin. Hanya menjamah burger king je. Maklum la, perot gua nih perot melayu. Kalu tak isi dengan nasi sehari memang rasa macam tak makan la sehari tuh.

Maka dek keletihan, tertidur la gua hingga gua seakan akan terdengar satu suara yang memanggil manggil gua. Rupa rupanya gua terdengar alunan mengaji dari masjid yang berdekatan. Gua pun cuak ah. Perot tak isi lagi. Subuh dah makin memanggil. Gua pun bangkit dengan pantas dan mengusha pantry gua.

"Aloss la, apa gua mau makan neh?..ape pn takder." ngomel gua sambil menggaru garu kepala.

Setelah melakukan senaman berlegar legar di pantry gua, gua telah terpandang akan 4jibik telur ayam. Lantas tanpa berlengah gua terus menjerang air di heater sambil memasukkan 2jibik telur itu.

++++++

Maka tersedialah telur yang tak berapa nak masak untuk hidangan sahur gua. Tapi malangnya kicap habis pulak. Nak tak nak terpaksalah gua makan telur separuh masak yang pure je arini. Walaupun agak tak berapa sedap, gua telan jela daripada membiarkan perot gua kekosongan.

Oret,

Selamat Berpuasa dan semoga bulan Ramadan membawa keberkatan kepada kita semua.

Sekian.

Gua mau bukak dengan apa eh petang nanti?
Baru kul10 dah pikir pasal bukak dah.
Terok terok terok!!!

Sekian lagi sekali.


Sunday, August 9, 2009

Missing In Action

Semalam..di satu tengahari yang panas (gua tipu je padehal tak panas pun. ada ekon kot)

Member gua, Mael kol..
"Pokpih, lu katne?"

"Gua kat opis dowh, keje." Balas gua ringkas.

"Lu tak pergi exam PTD ka?" tanya Mael lagi.

Ya Allah macam mana gua boleh terlupa yang gua ada exam PTD semalam. Seyesli gua tak ingat langsung pasal exam tuh. Gua ingat next week. Sekali minggu nih daa..
Demmmmm.
Terpaksa la gua apply lagi sekali.

++++++++++

Ini cerita kedua.

Sedang gua melayari dunia tanpa sempadan sambil usha awek-awek kat facebook. Tetiba member opis gua tanya.
"Lu layan mana perisai komuniti sok?"

"Perisai komuniti mende plak ni. Sizen nak stat lambat lagi dowh" Jawab gua yakin.

"Kepala lu, nex wik dah 15 la dol." Balas member opis gua.

Masya Allah..
Apa telah berlaku pada gua ni sampai benda yang gua selalu ingat pun gua boleh lupa.
Nak kata gua tengah angau skang memang tak la sebab gua pun masih menyingle lagi.
Nak kata gua busy. Takde la busy mana pun. Kerja bukan banyak mana. Rilek je gua dok opis.

Haiihhh. Terasa tua pulak gua tetiba.

Calus.