CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 6, 2009

Momok

Pada hari Rabu yang lepas. Gua bersama sama geng2 opis gua Brader Shah, Brader Kash, Brader Sebastien, Brader Zahid, N Brader "Jalan Sorg2" telah mengambil keputusan untuk menghayati filem arahan M.Jamil, Momok yang dikatakan telah mencapai kutipan melebihi 1.2juta ringgit itu.

Maka, tepat pukul 6.10pm,(untuk pengetahuan semua..waktu kerja gua abeh kul 6.00pm) kami pun berangkatlah dgn menaiki 2jibik kereta nasional ke Satu Utama. Sesudah sampai di sana. Gua dapat lihat akan keghairahan rakyat Malaysia untuk menyaksikan filem tersebut. Ada yang berkostume ala ala Hantu Mak Lampir, ada yang memakai seperti kumpulan Amuk, dan tidak lupa juga ada yang hanya berkemban sahaja.

"Diorang nih nak g mandi ke nak gi tengok wayang?" Gua bermonolog sendirian.

Tapi gua dan brader2 opis gua hanya berpakaian korporat sahaja. Maklumla baru balik keje beb. Takkan la gua nak pakai baju glameres kot yang siap ng wangi wangian lagi. mana nak cekau.lagi pun tak gua la gua kalu pakai cmtuh. (apo gua merapik nih).

Jam sudah menunjukkan jam 7.30pm. Kelihatan warganegara 1Malaysia sedang berasak asak masuk ke panggung wayang GSC. Semangat mereka amat berkobar kobar seperti para pejuang tanahair yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Gua amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan itu.

Gua?
Seperti biasa.rilek2 je. takde pun kepoyoan tersebut. Orang suh masuk.gua pun masuk jela. Semangat tuh memang ade.tapi gua tak tunjuk la. gua simpan. Inilah baru betul 1Malaysia.

Setelah menunggu selama 10 mnit.(Iklan). Waktu yang ditunggu telah pun tiba. Maka bermula lah tayangan perdana Momok itu. sambil menonton gua tidak melepaskan peluang untuk mengunyah kuaci n popcorn.

+++++++++

Keluar dari panggung tuh gua n brader2 opis gua tidak dapat berkata ape ape. Sungguh hebat penangan Momok. Sampai semua rasa nak pijak2 je kepala Momok itu. Terima Kasih David Teo n M.Jamil.
Anda mmg terbaek!

sistempesananringkas:

Patutla Norman KRU bleh marah. Kalu gua pun mahu je gua maki.Dem!