CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 16, 2010

Dua puluh lima

Cepat sungguh masa berlalu. dah 25 tahun da gua. Ish ish laju betol la. Tak terkejar gua.

Tapi takpe. Gua hepi yang amat. Terima kasih pada member2 yang sudi mengewish. Sama sama kita berusaha menjadi yang terbaik. Kita raikan dengan tengok world cup.

Forza Italia!

Monday, June 7, 2010

Perhentian Bhg II

Seperti yang gua janjikan dan bersempena ari yang ke 600 OgheKokLanas nih. Maka dengan gembira nya gua mengupload gambar2 yang gua rasa sangat best dan menyamankan. Layan. Gua mulakan dengan gaya snorkeling gua yang sungguh bergaya. Ya aw aw!!

Powerlah gua. Dalam air pun sempat buat peace lg.

Kelihatan ikan ikan zebra(gua tataw name ikan nih apa) seronok melayan karenah kami

Kira kira 8 tahun dahulu. Batu karang atau coral dalam bahasa kelantan amatlah cantik dan menawan dan memang da boom. Namun malangnya kecantikan dan kemenawanan itu semakin hilang di telan dek kecantikan manusia yang tidak berhati menawan. Sayang.

Member gua cakap ini mutiara. Tapi gua rasa ini adalah pearl. Gua rasa la.

Tapi kepenatan gua bersnorkeling akhirnya terubat jua kerana gua dapat melihat keindahan dasar laut dan coral yang sangat menikam kalbu gua. Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga gua panjatkan kepada Pencipta langit dan bumi ini.

Inilah(bawah) area atau kawasan yang gua telah snorkeling tempoh hari. Brader bot tuh cakap kat sini adalah port ikan ikan jerung berkeliaran. Gua nak je bersuai kenal dengan ikan2 jerung tersebut. Tapi malang diorang(ikan jerung) taknak pula bersua dengan gua. Diorang busy buat show kat Pulau Mauritius. Kata brader bot tuh la. Gua syak ikan jerung tuh dengan gua agaknya.

Setelah penat bersnorkeling, kami (tuka kami la pulak sebab nya ramai yang pergi..huhu) pun pulang ke resort untuk menikmati makan tengahari dan sekian terima kasih.

Eh eh silap lak. Maklumla dah kenyang. Rasa nak end kat sini ja. Hahaha.

++++

Setelah menikmati hidangan tengahari yang agak lazat dan berselera. Kami merangka satu plan baek punya untuk mengasah dan mempertajamkan bakat dan skil mengambil gambar kami yang agak terpendam ni ke Coral Bay. Untuk makluman, tempat ini adalah port yang baek (bagi mat2 kamera la) untuk layan pemandangan matahari terbenam. Yeah.
Maya Chalet adalah antara chalet yang terdapat di Coral Bay.

Sambil tunggu sunset, sempat lagi gua layan jadi model seframe dua.Kehkehkeh

Sunset yang tak berapa nak sunset (gambar atas dan bawah)
Malam telah menjelma. Gua dan geng2 kacak telah bersetuju untuk menghabiskan waktu malam kitorang di Long Beach (Pantai Panjang in English) sebabnya kitorang dengar kat situ memang happening la time2 malam weekend ni. Tanpa berlengah lagi, kitorang kawtim dengan Brader Bot untuk membawa kitorang ke sana. Satu kepala RM35. Cantit. On.

Kitorang layan brader nih main api sambil menikmati shisha cap strawberi. Masyuk. Gua tak sedut benda dan menatang yang membahayakan kesihatan ni. Hidu je. Tu pun terpaksa. Hahah.
Setelah penat melayan dan melihat karenah manusia di sana. Kami pun pulang ke resort untuk tidur. Esok hari dah nak balik. Damnnn. Kejap la pulak rasa percutian kitorang ni. Tak cukup dowh.

Impiani Watercolours Resort. Tempat percutian kitorang kali ini. View dari cafe.


Nota Perhentian Kecil:
"Macam hero iklan American Express la". bisik awek Mexico dalam bahasa ibundanya

"Oh yeke" balas gua sambil mengenyit ngenyit mata.

Wednesday, June 2, 2010

Pulau Perhentian

Sebelum pulang

Gua malas nak cite panjang n cite byk2. Gua mahu straight to the point je. Cite panjang2 pun tak guna. Point dia. Pulau Perhentian memang best n nyaman. Gua rasa nak pergi lagi skali jek. Tak puas beb. Setakat 3 hari 2 malam tuh memang tak cukup la. Seminggu tuh baru berbaloi. Baru la boleh jadi Baywatch. Hakhakhak

Bagi sesape yang tak pernah pergi lagi tuh, silalah memfreekan diri dan menyimpan wang anda untuk ke sana kerana ia memang berbaloi walaupun duit banyak abih.

Perhentian mmg ROCK!! Ya aw aw!!

Sistem.pesanan.ringkas:

Nanti gua upload pics yang gua dan member2 gua tangkap kat sana bersama dengan awek2 yang cute lg manis. Shalallaallalala.

Thursday, May 27, 2010

Outstation

"Gua akan keluar dari blog bermula dari 27.5.2010 dan tidak akan kembali ke blog ini sampai 30.5.2010. Jika mendesak sila hubungi telefon gua di ext 5784. Maaf atas ketidaknyamanan ini."

Selambelah pakcik google translate ayat english gua jd camni. Pandai juga dia buat kelakar.
Terima kasih pakcik! Gua rasa nyaman.

Oh Perhentian. Gua mmg xsabar mahu ketemu same lu. Nantikan kemunculan gua di sana.
Yeah!!!!.

Tuesday, May 25, 2010

Bicara Manis Menusuk Kalbu

"Lu kerja mana skang?"

Ayat nih konpem akan keluar bila kita berjumpa dengan member member lama yang dah bertahun tidak bersua. Tak kira la jumpa kat mana mana pun. Kenduri kawen ke. Dalam LRT ke. Kedai makan ke. Kira ayat nih dah jadi ayat wajib pembuka bicara la. Betol tak?

Gua bukan ape. Setiap kali gua gi kenduri kawen member sekolah gua. Mesti ayat ni je yang kuar. Dah berbelas kali kot gua tanya camtu kt orang yang sama. Tapi yang bagusnya, orang tersebut masih sudi menjawab pertanyaan gua itu dengan penuh dedikasi, ikhlas dan jujur. Saspek la gua same lu beb!

Gua percaya dalam hati member gua tuh mesti menyampah.

"Haih mamat nih. Rasa dah sepuluh kali dah tanya pasal kerja aku nih. Takkan tak ingat2 lagi kot"

Gua rasa inilah yang dibisikkan oleh hati member gua tuh. Takpun yang nih.

"Siak tol pokpih. tak concern btol pasal aku. Asal jumpa je tanya benda yang sama. Penat la nak menjawab kalu macam nih"

Tapi takpe gang, gua bukan lupa lu orang, gua ingat. Cuma gua tataw nak starting macam mana ja. Rasa kekok doh kalu dah lame lame nih.haha (ayat kaber).
Okla.Lepas nih kalu kita berjumpa lagi, gua akan tukar ayat pemula bicara gua kepada ini.

"Lu nampak hensem/cantik la hari ini"

Amacam.Cool tak?
Ya aw aw!!


Monday, May 24, 2010

Nasi Ayam Berempah

Mutiara Ma Catering suatu masa dahulu

Tengah dok syiok2 godek folder gambar gua. Gua terjumpa dengan pic nih. Rasa sayu je kalu tengok balik gambar ni. Kalu lu orang nak tahu, di sini la tempat gua membeli nasi ayam berempah time kecik kecik dulu. Time tuh kt kampung gua mmg dah femes abis da nasi ayam berempah ni. Memang champion la. Thanks to auntie Ma aka ibu kepada Bujamumisukan kerana memperkenalkan nasi ini kepada gua. Nasi ayam berempah beliau mmg bulih buat gua tidak tidur malam la. Sampai termimpi mimpi tambah mengigau sket2 la. Betul beb. Kalu lu xcaye lu tanya mak gua. Dia punya sedap tuh. Peh. Kalu ade 2 bungkus pun, konpem gua boleh abehkan la.

Dulu time gua nak gi kelas tambahan ke tuisyen ke. Konpem gua singgah kat kedai Mutiara Ma nih. Beli sebungkus plus air teh o beng then bawak gi kelas. Sambil tunggu cikgu sampai. Gua layan nikmat ayam berempah dulu. Care ah beb. Gua taip nih pun gua rasa lapar je tetibe. Arghhh. Sedap sedap.

Tapi malangnya sekarang, gua tidak dapat lagi merasa kesedapan nasi ayam berempah ni dek kerana faktor usia auntie Ma. Gua dengar cerita. Auntie Ma telah menurunkan ilmu dan resepi nasi ayam berempah ni kepada anak anak jantan beliau.

Gua harap, anak beliau iaitu member gua, Bujamumisukan dapat meneruskan tradisi nasi ayam berempah ni hingga ke akhir garisan.
Sekain.

sistem.pesanan.ringkas:

Untuk makluman, deretan kedai kedai di atas kini telah tinggal kenangan dek dihanyut oleh arus pembangunan yang sedang melanda kampung gua, Kok Lanas. Tapi semua itu masih bermain main di kotak fikiran gua.

Update

Fewit2.

Lawa la pulak gua tengok gambar Lisa Surihani kt fesbuk beliau. Aduh. Kenapa la Lisa tuh bukan awek gua. Kalau tak, konpem dia bahagia tidak terhingga nye. Arghh.

Lamunan gua terhenti.

*****
Mmg lame siak gua xupdate blog nih. Nasib baik gua ingat lagi password dia. Gua ingat nak start balik la kerja2 membloging nih. Nih gara gara kursus motivasi yang gua pergi 2 hari lepas kat Bukit Tinggi ar nih. Semangat gua rasa berkobar kobar lak untuk mengupdate blog ni setiap hari. Terima kasih tidak terhingga buat fasilitator di sana kerana berjaya memotivasikan gua yang kurang motivasi nih. Jasamu tidak ku lupa. Ya aw aw.

Masa sekarang asyik jeles je kat gua. Baru gua tengah syiok layan blog. Sedar2 dah pukul 1.35 la pulak. Aduh terpaksa gua mengundur diri dulu. Dem.

Takde idea sebenarnya nak merapik rapik di tengah malam nih. Tuh yang stop tuh. Hehe.
Sekian n Nite.

Sunday, March 28, 2010

Jiwang

Orang kata cinta itu buta,
Tapi saya kata..

Cinta membuatkan kita boleh melihat jauh ke dalam hati
,
Cinta tak perlukan mata,

Tak perlukan telinga,

Cinta cuma perlukan hati..

*layan dgn background music bang nuar - keabadiaan cinta*


demm..terjiwang lak gua..hakhakhak


(dedicated khas utk mbr2 gua yg dah n bakal kawen)