CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 25, 2011

Blame me, not the players

"Salahkan saya, bukan pemain2 saya"

Nota Berry:

Lek ah bai, lu masih ade peluang kot. Lagi 4 games kot. Kemon la. Takkan la nak mengalah awal kot. Liverpool rilek je lagi. Apedehal.
(Jadi pakar motivasi lak gua..kahakhakahak)

Sunday, April 24, 2011

Pelaburan

sejak dua menjak nih, gua lihat ramai orang asyik bercerita pasal asb la, ahb la, public mutual la, emas la dan macam macam lagi jenis pelaburan yang mendatangkan untung. kalau dulu gua buat 'dek' ja. tapi sekarang gua telah mengambil port serba sedikit pasal investment nih.


gua rasa sudah tiba masanya untuk gua menambahkan sedikit harta gua memandangkan usia gua yang semakin bertambah ni. at least dapt juga menjamin hari tua gua. takkan la nak mengharapkan kwsp saja. mana cukup bai. sekarang ni pun kos sara hidup gua amatlah tinggi, duit gaji cukup cukup ja. nak bayar kereta la, sewa rumah la, bil itu bil ini, nak enjoi lagi, nak dating ng awek lg, last2 hujung bulan makan meggi sambil menghitung hari gaji. huhu

hasil daripada pembacaan gua melalui blog2 seperti pakdi, uzar dan tunjuk ajar daripada member2. akhirnya gua menceburkan diri dalam bidang investment ni. harap2 duit yang gua laburkan akan dapat memberi manfaat kepada gua kemudian hari dan diberkati oleh allah swt.

sent from my blackberry bold


*apehal takleh nak wat capital letter kalu pkai fon ni.demm

Monday, February 21, 2011

Gua Kembali I'm Back

Untuk kesekian kalinya. Gua kembali merasa semangat nak memblog. Mungkin disebabkan gua tidak berapa kebizian or kesibukan. So semangat nak menulis tuh tiba2 muncul. Tahniah untuk gua. Kehkehkeh.

Gua harap skil menulis, menaip dan imiginasi gua tidak tumpul supaya mudah bagi gua meneruskan kerja kerja mulia ini. Hekhekhek.
.
Sekian. Ta.

Wednesday, June 16, 2010

Dua puluh lima

Cepat sungguh masa berlalu. dah 25 tahun da gua. Ish ish laju betol la. Tak terkejar gua.

Tapi takpe. Gua hepi yang amat. Terima kasih pada member2 yang sudi mengewish. Sama sama kita berusaha menjadi yang terbaik. Kita raikan dengan tengok world cup.

Forza Italia!

Monday, June 7, 2010

Perhentian Bhg II

Seperti yang gua janjikan dan bersempena ari yang ke 600 OgheKokLanas nih. Maka dengan gembira nya gua mengupload gambar2 yang gua rasa sangat best dan menyamankan. Layan. Gua mulakan dengan gaya snorkeling gua yang sungguh bergaya. Ya aw aw!!

Powerlah gua. Dalam air pun sempat buat peace lg.

Kelihatan ikan ikan zebra(gua tataw name ikan nih apa) seronok melayan karenah kami

Kira kira 8 tahun dahulu. Batu karang atau coral dalam bahasa kelantan amatlah cantik dan menawan dan memang da boom. Namun malangnya kecantikan dan kemenawanan itu semakin hilang di telan dek kecantikan manusia yang tidak berhati menawan. Sayang.

Member gua cakap ini mutiara. Tapi gua rasa ini adalah pearl. Gua rasa la.

Tapi kepenatan gua bersnorkeling akhirnya terubat jua kerana gua dapat melihat keindahan dasar laut dan coral yang sangat menikam kalbu gua. Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga gua panjatkan kepada Pencipta langit dan bumi ini.

Inilah(bawah) area atau kawasan yang gua telah snorkeling tempoh hari. Brader bot tuh cakap kat sini adalah port ikan ikan jerung berkeliaran. Gua nak je bersuai kenal dengan ikan2 jerung tersebut. Tapi malang diorang(ikan jerung) taknak pula bersua dengan gua. Diorang busy buat show kat Pulau Mauritius. Kata brader bot tuh la. Gua syak ikan jerung tuh dengan gua agaknya.

Setelah penat bersnorkeling, kami (tuka kami la pulak sebab nya ramai yang pergi..huhu) pun pulang ke resort untuk menikmati makan tengahari dan sekian terima kasih.

Eh eh silap lak. Maklumla dah kenyang. Rasa nak end kat sini ja. Hahaha.

++++

Setelah menikmati hidangan tengahari yang agak lazat dan berselera. Kami merangka satu plan baek punya untuk mengasah dan mempertajamkan bakat dan skil mengambil gambar kami yang agak terpendam ni ke Coral Bay. Untuk makluman, tempat ini adalah port yang baek (bagi mat2 kamera la) untuk layan pemandangan matahari terbenam. Yeah.
Maya Chalet adalah antara chalet yang terdapat di Coral Bay.

Sambil tunggu sunset, sempat lagi gua layan jadi model seframe dua.Kehkehkeh

Sunset yang tak berapa nak sunset (gambar atas dan bawah)
Malam telah menjelma. Gua dan geng2 kacak telah bersetuju untuk menghabiskan waktu malam kitorang di Long Beach (Pantai Panjang in English) sebabnya kitorang dengar kat situ memang happening la time2 malam weekend ni. Tanpa berlengah lagi, kitorang kawtim dengan Brader Bot untuk membawa kitorang ke sana. Satu kepala RM35. Cantit. On.

Kitorang layan brader nih main api sambil menikmati shisha cap strawberi. Masyuk. Gua tak sedut benda dan menatang yang membahayakan kesihatan ni. Hidu je. Tu pun terpaksa. Hahah.
Setelah penat melayan dan melihat karenah manusia di sana. Kami pun pulang ke resort untuk tidur. Esok hari dah nak balik. Damnnn. Kejap la pulak rasa percutian kitorang ni. Tak cukup dowh.

Impiani Watercolours Resort. Tempat percutian kitorang kali ini. View dari cafe.


Nota Perhentian Kecil:
"Macam hero iklan American Express la". bisik awek Mexico dalam bahasa ibundanya

"Oh yeke" balas gua sambil mengenyit ngenyit mata.

Wednesday, June 2, 2010

Pulau Perhentian

Sebelum pulang

Gua malas nak cite panjang n cite byk2. Gua mahu straight to the point je. Cite panjang2 pun tak guna. Point dia. Pulau Perhentian memang best n nyaman. Gua rasa nak pergi lagi skali jek. Tak puas beb. Setakat 3 hari 2 malam tuh memang tak cukup la. Seminggu tuh baru berbaloi. Baru la boleh jadi Baywatch. Hakhakhak

Bagi sesape yang tak pernah pergi lagi tuh, silalah memfreekan diri dan menyimpan wang anda untuk ke sana kerana ia memang berbaloi walaupun duit banyak abih.

Perhentian mmg ROCK!! Ya aw aw!!

Sistem.pesanan.ringkas:

Nanti gua upload pics yang gua dan member2 gua tangkap kat sana bersama dengan awek2 yang cute lg manis. Shalallaallalala.

Thursday, May 27, 2010

Outstation

"Gua akan keluar dari blog bermula dari 27.5.2010 dan tidak akan kembali ke blog ini sampai 30.5.2010. Jika mendesak sila hubungi telefon gua di ext 5784. Maaf atas ketidaknyamanan ini."

Selambelah pakcik google translate ayat english gua jd camni. Pandai juga dia buat kelakar.
Terima kasih pakcik! Gua rasa nyaman.

Oh Perhentian. Gua mmg xsabar mahu ketemu same lu. Nantikan kemunculan gua di sana.
Yeah!!!!.