CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 7, 2010

Perhentian Bhg II

Seperti yang gua janjikan dan bersempena ari yang ke 600 OgheKokLanas nih. Maka dengan gembira nya gua mengupload gambar2 yang gua rasa sangat best dan menyamankan. Layan. Gua mulakan dengan gaya snorkeling gua yang sungguh bergaya. Ya aw aw!!

Powerlah gua. Dalam air pun sempat buat peace lg.

Kelihatan ikan ikan zebra(gua tataw name ikan nih apa) seronok melayan karenah kami

Kira kira 8 tahun dahulu. Batu karang atau coral dalam bahasa kelantan amatlah cantik dan menawan dan memang da boom. Namun malangnya kecantikan dan kemenawanan itu semakin hilang di telan dek kecantikan manusia yang tidak berhati menawan. Sayang.

Member gua cakap ini mutiara. Tapi gua rasa ini adalah pearl. Gua rasa la.

Tapi kepenatan gua bersnorkeling akhirnya terubat jua kerana gua dapat melihat keindahan dasar laut dan coral yang sangat menikam kalbu gua. Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga gua panjatkan kepada Pencipta langit dan bumi ini.

Inilah(bawah) area atau kawasan yang gua telah snorkeling tempoh hari. Brader bot tuh cakap kat sini adalah port ikan ikan jerung berkeliaran. Gua nak je bersuai kenal dengan ikan2 jerung tersebut. Tapi malang diorang(ikan jerung) taknak pula bersua dengan gua. Diorang busy buat show kat Pulau Mauritius. Kata brader bot tuh la. Gua syak ikan jerung tuh dengan gua agaknya.

Setelah penat bersnorkeling, kami (tuka kami la pulak sebab nya ramai yang pergi..huhu) pun pulang ke resort untuk menikmati makan tengahari dan sekian terima kasih.

Eh eh silap lak. Maklumla dah kenyang. Rasa nak end kat sini ja. Hahaha.

++++

Setelah menikmati hidangan tengahari yang agak lazat dan berselera. Kami merangka satu plan baek punya untuk mengasah dan mempertajamkan bakat dan skil mengambil gambar kami yang agak terpendam ni ke Coral Bay. Untuk makluman, tempat ini adalah port yang baek (bagi mat2 kamera la) untuk layan pemandangan matahari terbenam. Yeah.
Maya Chalet adalah antara chalet yang terdapat di Coral Bay.

Sambil tunggu sunset, sempat lagi gua layan jadi model seframe dua.Kehkehkeh

Sunset yang tak berapa nak sunset (gambar atas dan bawah)
Malam telah menjelma. Gua dan geng2 kacak telah bersetuju untuk menghabiskan waktu malam kitorang di Long Beach (Pantai Panjang in English) sebabnya kitorang dengar kat situ memang happening la time2 malam weekend ni. Tanpa berlengah lagi, kitorang kawtim dengan Brader Bot untuk membawa kitorang ke sana. Satu kepala RM35. Cantit. On.

Kitorang layan brader nih main api sambil menikmati shisha cap strawberi. Masyuk. Gua tak sedut benda dan menatang yang membahayakan kesihatan ni. Hidu je. Tu pun terpaksa. Hahah.
Setelah penat melayan dan melihat karenah manusia di sana. Kami pun pulang ke resort untuk tidur. Esok hari dah nak balik. Damnnn. Kejap la pulak rasa percutian kitorang ni. Tak cukup dowh.

Impiani Watercolours Resort. Tempat percutian kitorang kali ini. View dari cafe.


Nota Perhentian Kecil:
"Macam hero iklan American Express la". bisik awek Mexico dalam bahasa ibundanya

"Oh yeke" balas gua sambil mengenyit ngenyit mata.

1 Komen:

azana said...

huhu...cam sonok je...nk p la..