CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Gua Kembali I'm Back

Untuk kesekian kalinya. Gua kembali merasa semangat nak memblog. Mungkin disebabkan gua tidak berapa kebizian or kesibukan. So semangat nak menulis tuh tiba2 muncul. Tahniah untuk gua. Kehkehkeh.

Gua harap skil menulis, menaip dan imiginasi gua tidak tumpul supaya mudah bagi gua meneruskan kerja kerja mulia ini. Hekhekhek.
.
Sekian. Ta.

Thursday, May 27, 2010

Outstation

"Gua akan keluar dari blog bermula dari 27.5.2010 dan tidak akan kembali ke blog ini sampai 30.5.2010. Jika mendesak sila hubungi telefon gua di ext 5784. Maaf atas ketidaknyamanan ini."

Selambelah pakcik google translate ayat english gua jd camni. Pandai juga dia buat kelakar.
Terima kasih pakcik! Gua rasa nyaman.

Oh Perhentian. Gua mmg xsabar mahu ketemu same lu. Nantikan kemunculan gua di sana.
Yeah!!!!.

Tuesday, May 25, 2010

Bicara Manis Menusuk Kalbu

"Lu kerja mana skang?"

Ayat nih konpem akan keluar bila kita berjumpa dengan member member lama yang dah bertahun tidak bersua. Tak kira la jumpa kat mana mana pun. Kenduri kawen ke. Dalam LRT ke. Kedai makan ke. Kira ayat nih dah jadi ayat wajib pembuka bicara la. Betol tak?

Gua bukan ape. Setiap kali gua gi kenduri kawen member sekolah gua. Mesti ayat ni je yang kuar. Dah berbelas kali kot gua tanya camtu kt orang yang sama. Tapi yang bagusnya, orang tersebut masih sudi menjawab pertanyaan gua itu dengan penuh dedikasi, ikhlas dan jujur. Saspek la gua same lu beb!

Gua percaya dalam hati member gua tuh mesti menyampah.

"Haih mamat nih. Rasa dah sepuluh kali dah tanya pasal kerja aku nih. Takkan tak ingat2 lagi kot"

Gua rasa inilah yang dibisikkan oleh hati member gua tuh. Takpun yang nih.

"Siak tol pokpih. tak concern btol pasal aku. Asal jumpa je tanya benda yang sama. Penat la nak menjawab kalu macam nih"

Tapi takpe gang, gua bukan lupa lu orang, gua ingat. Cuma gua tataw nak starting macam mana ja. Rasa kekok doh kalu dah lame lame nih.haha (ayat kaber).
Okla.Lepas nih kalu kita berjumpa lagi, gua akan tukar ayat pemula bicara gua kepada ini.

"Lu nampak hensem/cantik la hari ini"

Amacam.Cool tak?
Ya aw aw!!


Monday, May 24, 2010

Update

Fewit2.

Lawa la pulak gua tengok gambar Lisa Surihani kt fesbuk beliau. Aduh. Kenapa la Lisa tuh bukan awek gua. Kalau tak, konpem dia bahagia tidak terhingga nye. Arghh.

Lamunan gua terhenti.

*****
Mmg lame siak gua xupdate blog nih. Nasib baik gua ingat lagi password dia. Gua ingat nak start balik la kerja2 membloging nih. Nih gara gara kursus motivasi yang gua pergi 2 hari lepas kat Bukit Tinggi ar nih. Semangat gua rasa berkobar kobar lak untuk mengupdate blog ni setiap hari. Terima kasih tidak terhingga buat fasilitator di sana kerana berjaya memotivasikan gua yang kurang motivasi nih. Jasamu tidak ku lupa. Ya aw aw.

Masa sekarang asyik jeles je kat gua. Baru gua tengah syiok layan blog. Sedar2 dah pukul 1.35 la pulak. Aduh terpaksa gua mengundur diri dulu. Dem.

Takde idea sebenarnya nak merapik rapik di tengah malam nih. Tuh yang stop tuh. Hehe.
Sekian n Nite.

Sunday, March 28, 2010

Jiwang

Orang kata cinta itu buta,
Tapi saya kata..

Cinta membuatkan kita boleh melihat jauh ke dalam hati
,
Cinta tak perlukan mata,

Tak perlukan telinga,

Cinta cuma perlukan hati..

*layan dgn background music bang nuar - keabadiaan cinta*


demm..terjiwang lak gua..hakhakhak


(dedicated khas utk mbr2 gua yg dah n bakal kawen)

Monday, December 28, 2009

Tiada Tajuk

Tiada tajuk.Itulah tajuk entry gua kali ini.
Sebab apa tiada tajuk?
Sebab gua dah lame tak menaip.
Agak2 boleh terima kah alasan gua neh?
Lu pikirla sendri.

Sekian terima kasih.

sistempesananringkas:
Niat gua cuma satu. Gua mahu memperbanyakkan entry gua je.

Monday, September 14, 2009

Oh sb900!

Siak. Tensen. Cis.
Itulah yang gua mampu ucapkan. Gua tengok2 balik gambar2 yang gua amek time bulan puasa nih agak menjengkelkan. Hampeh. Semua out je. Tak sharp.Tapi kalau pakai lense feveret gua 50mm takde hal pulak. Cun.

Kalu pakai 18-70mm terus hampeh. Oh please la sifu2 gua membantu anak murid mu yang tak berapa nak pandai nih.

Okla. gua mau bertapa dulu.
Calus

Sunday, August 9, 2009

Missing In Action

Semalam..di satu tengahari yang panas (gua tipu je padehal tak panas pun. ada ekon kot)

Member gua, Mael kol..
"Pokpih, lu katne?"

"Gua kat opis dowh, keje." Balas gua ringkas.

"Lu tak pergi exam PTD ka?" tanya Mael lagi.

Ya Allah macam mana gua boleh terlupa yang gua ada exam PTD semalam. Seyesli gua tak ingat langsung pasal exam tuh. Gua ingat next week. Sekali minggu nih daa..
Demmmmm.
Terpaksa la gua apply lagi sekali.

++++++++++

Ini cerita kedua.

Sedang gua melayari dunia tanpa sempadan sambil usha awek-awek kat facebook. Tetiba member opis gua tanya.
"Lu layan mana perisai komuniti sok?"

"Perisai komuniti mende plak ni. Sizen nak stat lambat lagi dowh" Jawab gua yakin.

"Kepala lu, nex wik dah 15 la dol." Balas member opis gua.

Masya Allah..
Apa telah berlaku pada gua ni sampai benda yang gua selalu ingat pun gua boleh lupa.
Nak kata gua tengah angau skang memang tak la sebab gua pun masih menyingle lagi.
Nak kata gua busy. Takde la busy mana pun. Kerja bukan banyak mana. Rilek je gua dok opis.

Haiihhh. Terasa tua pulak gua tetiba.

Calus.

Wednesday, July 15, 2009

Sengal

Harini gua terasa sengal-sengal ubi saje. Gua pun tatau kenapa gua bulih menjadi sedemikian rupa. Padehal arini adalah hari di mana kehidupan baru gua akan bermula. Oghe Kelate cakap 'A New Journey Begins'. Mungkin sebab gua agak kemalu maluan ini hari. Maka terjadi la sindrom sengal-sengal ubi ni. Gua harap esok gua tidak akan sengal-sengal ubi lagi. Amin...
Calus!!

Sunday, June 28, 2009

Konpiusing???

Aduyai..
Ekceli gua nih tengah konpius skg. Gua pun tatau la kenapa moment kekonpiusan melanda gua. Sebelum nih tak pernah pulak gua rasa konpius. Tapi hari ini memang gua terasa amat konpius. Bangun pagi2 dah blur. Serba tak kena jadi gua hari ini. Nak makan pun tak selera. Makan nasi ngan sotong pun gua cuma abeh sepinggan je. Memang tak selera ah. Argghhhh!!!

Gua syak ini semua gara-gara 2 orang awek yang cun yang muncul dalam hidup gua la ni. Tak pernah2 2 awek cun muncul serentak. Selalunya sorg sorg ja. Ni 2 org sekali muncul. Mau tak bikin gua sasau. Pastu dua2 cun melecun pulak tuh. Ish2 cobaan.

Mungkin ini rezeki buat gua kot. Syukur gua kepada Maha Pencipta kerana mempertemukan gua dengan 2 orang gadis yang cun ini. Diorang berdua ni memang menyebabkan jiwa gua yang ganas jadi lembut tetiba. Memang gua cair la tengok mereka berdua ni. Gua memang sanggup menyerahkan segalanya untuk diorang berdua. Gila ah jiwang gua sekarang.

Tapi yang menjadi masalah sekarang, gua hanya memerlukan seorang ja untuk menjadi bini gua. Takkan gua nak kena pilih dua2 kot. Kalu dua2 tuh setuju memang takde hal la. Gua berani potong kuku ah diorang takkan setuju nya. Silap-silap mahu Perang Dunia Baru meletusnya.

Fenin gua!
Macam diluah mati emak, ditelan mati bapak pulak. Kalu boleh gua tak nak la luah ke telan ke sampai dua2 mak ayah gua mati. Kang yatim piatu pulak gua ni. Gua mahu mengembirakan semua orang. Tapi apakah daya gua. Gua cuma diberi satu pilihan ja oleh mak gua.

"Kalu lu nak kawen, lu pilih si F atau si L je anakku..kalu lu pilih dua2 mak sebat lu punya bontot sampai tak bleh kawen!" sound mak gua bersungguh-sungguh.

Bergoyang kapla lutut gua.
Dalam hati gua berbisik "Sejak bila mak gua ni gheti ber LU GUA ngan gua lak ni?"
Pengaruh rakan sebaya la ni sampai mak gua pun dah terel skang. Bagus-bagus!

Aduyai lagi sekali. Begitu susah untuk memilih bini sebenarnya. Gua ingat senang ja. Gua syak gua dah silap percaturan dah nih. Tapi takper la. Gua menyerahkan semua ini kepada takdir gua. Gua harap antara F dan L ni akan menjadi salah satu bini gua. Amin.

NotaIbuJari:
Di kala nota ini berakhir, gua masih belum membuat keputusan samada untuk memilih Lisa Surihani atau Fazura untuk menjadi bini gua.

Sekian. Calus!!

Thursday, June 25, 2009

Gua Rela

Woowooo!!

Masuk ini hari, sudah 5 hari gua merentas Laut China Selatan. Gua macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Gua kena kerja di Sabah. Tak pernah terlintas walau seciput pun dalam kapla otak gua ni untuk kerja di Sabah. Bapak ah jauh dari kota metropolitan Malaysia nih. Tapi apalah daya gua untuk menghalang takdir gua. Gua rela.

1st day gua menjejak kaki di sini gua rasa cam bkn kt Malaysia pulak. Yela, nak msok pn kena amik permit pulak. Ingat gua nih pendatang asing ke ape. Gua anak jati Malaysia la beb. Kat IC gua terang2 tertulis yang gua nih warganegara Malaysia yang sah. Siap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara sahkan lagi tuh. Tensen tol ah gua camnih. Gua masok Thailand pun takyah amik permit. Rilek je. Nih nak msok Sabah kena pulak. Adoiii!! Tapi takpa. Nak buat camno. Gua rela.

2nd day gua bersama sama ng bos gua gigih berusaha mencari rumah2 untuk disewa. Habis semua iklan kat sok kabar gua belek. Sebelum nih gua tak pernah pulak berpeluang membelek iklan sedemikian rupa tapi kat sini gua berpeluang. Gua mengesyorkan kat bos gua supaya menyewa sebuah rumah yang telah penuh diperabutkan agar tidak menyusahkan diri gua untuk membeli di kemudian hari. Tapi malangnya cadangan gua ditolak mentah mentah oleh bos gua. Gua pasrah. Setelah mengsurvey beberapa buah rumah dan berjumpa ng empunya rumah akhirnya bos gua mengambil keputusan untuk hanya menyewa sebuah bilik hotel. Semua rumah tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh beliau. Gua pun tatau ape kriteria2 yang bos gua perlukan. Mungkin perlu ada sorg pembantu rumah yang cun kot. Sukati bos la.
Gua rela.

Hari ketiga, gua memulakan kerja gua dgn penuh bersemangat. Gua mahu setelkan kerja gua secepat yang mungkin sebelum bos gua bertolak pulang ke kota metropolitan. Gua mahu menunjukkan kehebatan gua di depan bos gua bahawa gua ni sorg pekerja yang cemerlang. Sebenarnya gua cuma nak membodek bos gua supaya upkan lagi gaji gua biar mencecah puluhan ribu ringgit. Baru masyuk beb.

"Abeh projek nih bolehla gua mengangkat sejibik Type-R untuk gua berlagak di depan member2." Gua berangan sendirian.

"Pokpih, abg rasa projek ni memerlukan bajet yang tinggi sebab kita terpaksa berulang alik dari KL-KK." Bos gua bersuara tetiba.

Hati gua tersentap. Type-R yang gua angan2 kan itu hanya bermain2 di laptop gua jela.
Gua rela.

Hari ke-4 gua masuk keje seperti biasa. Pagi2 lg gua sudah terpacak di depan mesin punch. Semua org kt opis baru gua memandang gua semacam je. Gua pn buat selambe derk je sbb gua takde lak kacau dorg semayang. Teros gua mengepunch punch card gua.

"Apehal merah lak nih?" Gua kehairanan.

Cis! rupanya dah kul 9.30 am. Mmg patutla gua kena cop merah. Muka gua blushing tetiba.
Gua rela.

Calus!

Wednesday, June 24, 2009

Tanak ah Gua Makan McD Lagi Lepas Ni

Ahad lepas gua bangun bapak awal eh dr biase..slalu ari2 ahad nih gua akan bangun sblm 12.30 tghari(gua tdo lps subuh dowh..jgn slh paham lak)..kalu x 12.30 mmg gua xkan bgn ah..gua bgn tuh pn sbb gua nk lyn cite dan gosip2 artis msia yaitu melodi..mmg gua xpenah miss la..penah gua miss skali tp..seb baek donia tanpa sempadan membantu gua..dpt gak gua melayan di tv3 dot com dot my..

Eh..pehal gua cite psl melodi nih..silap2..

Ok gua sambung ayat mula2 gua td..kul6.30 pg gua dah membuka mata gua dan terus mengambil wuduk utk solat subuh sorg diri..slps menyembahkan diri gua pd Yang Maha Esa..gua tataw nk wat mnde..gua bukak laptop gua..klik mozila...bukak soccernet..tgk transfer window smbil mengharap MU akan beli sorg player nk ganti ronaldo..tp hampa..tiada perkembangan terkini..

"demm toll ah Sir Alex ni..bile ah nk agkt sorg star ag" marah gua ng gaya xsaba.

Last2 gua tensen..gua close firefox..bukak ym..hmm apekejadahnye nk berYM pg2 buto..xdo sapo yg on9 pn..gua kuciwa lg dan teros tertido

********

Tiba2 henpon gua berjoget ng lagu dr cite Witch Yoo Hee..gua pn tersedar..dan tros bangkit ng pantas mencapai henpon gua..

"Awek mn plak nih ajak gua dating pg2 buto nih" gua berkata ng penuh harapan.

Sekali gua hampa buat kali ketiga arini..rupanya mbr gua pjol yg kol tanya bile nk jmpe die...cesss..penat je gua mengharap awek td..rupanya jantan yg kol..

********

Setelah bersiap2 ng ala kadar je (watpe nk lawa2 kan..jmpe jantan je pn) tros ng EX5 gua menuju ke McDonald Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Smpi di sana gua park motor gua berhadapan ng sorg awek. Awek itu hanya memandang sepi je gua. Maklumla gua nih hanya bermotorkan EX5 je..gua pasrah..

Gua pn mengkoling Pjol dan dia suh gua tunggu. Lagi 5minit dia akan smpi. Gua pn tunggu la mbr baek gua tuh smbil mata gua mengusha sekeliling kot2 ade awek yg sgkut ng gua arini.

Gua kuciwa lg. Nampak nye tiada awek yg lalu lalang di depan gua.
"Rasa macam nk bekpes kt McD la pulak arini, baru Mat Saleh sket" gua berkata ng diri gua. Gua pn mengambil keputusan utk masok ke dalam McD utk mematsalehkan diri gua nih.

Gua pn pergi la kt kaunter dan gua tgk sume set breakfast n lunch je ade. Gua tertarik akan set Breakfast McValue Meal yg berharga cuma rm4. Murah tuh. Gua pn bkn ade duit sgt. Tapi kalu 4hengget tuh apedehal.

Dengan yakin dan konfiden gua teros mengorder nye.

"Miss, gimme one set of Sausage McMuffin with Egg k"
kata gua sambil membetulkan lidah yg hampir terbelit nih.
"Ini saje ke bang" tnye adik kaunter tuh.
"Yup" gua membalas smbil menelan air liur.

Gua igtkan adik kaunter tuh igt gua nih mat saleh. Cis! gua xberjaya nak memperdaya adik kaunter itu.

"Semuanya Lapan Ringgit Lima Puluh Sen bang" kata adik kaunter tuh pd gua.

Gua pn tros membuka wallet buruk gua utk mengambil note merah bernombor slpoh. Sekali gua note merah itu tidak dpt dikesan dan yang ada cuma sekeping note hijau dan 2keping note biru. Gua dah menggelabah semacam je. Time tuh gua rasa peluh jantan mengalir dengan laju. Selaju roket yg membawa Sheikh Muzaffar ke angkasa lepas. Adik kaunter itu memandang gua sambil tersenyum sumbing.

"Kerempek punya wallet. Time nih dia tanak ade duit pulak" marah gua pada wallet radioactive lusuh gua.

Setelah penat mengexplore wallet gua tuh. Akhirnya gua dapat temui sekeping note biru yang agak lame (rm2) yg gua simpan utk gua tunjuk kt anak cucu gua nanti terselit di celah2 poket wallet gua. Gua amat bersyukur kerna Tuhan telah menyelamatkan gua dari penghinaan yg amat besar dalam hidup gua.

Setelah membayar makanan itu, adik kaunter telah memulangkan baki wang sebanyak 50sen itu kepada gua dan dia sempat berpesan pd gua.

"Kalu nak makan tuh, cek dl la duit bang oi"

Gua teros berlalu tanpa memandang wajah adik kaunter itu.

"Demmm..Tanak ah gua makan McD lagi lepas nih".

Sekian..

Saturday, June 20, 2009

Kajian

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Benda kt atas nih adalah hasil kajian drpd Dr FK (bkn Farid Kamil ye) tentang sifat2 manusia yg lahir dlm bulan Jun..saspek la same lu dokter...mmg tepat ng sifat gua yang positif nih..jutaan trimas kasih kerna memahami gua dokter..cayalah!!

Sume bulan..dr Januari hingga Disember telah Dr FK buat..dan semua orang mengakui akan kebetulan kajian ini..tapi kajian mengenai manusia yang lahir xckup bulan..camno pulak dokter?xnak tambah ke?

Nak je gua pegi tanya Dr FK skg nih tp agak2 dia layan x soklan bodoh gua nih? =)
Calusss!!

Monday, June 15, 2009

DuaPuluhEmpat

"Cita-cita saya adalah utk menjadi seorang arkitek yang berjaaaye."

Tiba tiba kedengaran hilai ketawa yang amat membingitkan bergema seluruh ruang surau SMAPL..gua masih bingung dan hanya mampu tersenyumn dan tersengih..gua masih tidak mengerti apakah sbnrnya yg berlaku..

"Adakah salah cita2 gua utk menjadi sorg arkitek yang berjaya?"
g
ua bermonolog sndrian..

"takpela..pedulikan ape org nk kata..yang penting gua ade cita2 sndri
"
gua menyedapkan hati gua yg gundah gulana dan gua yakin gua pasti akan berjaya kelak..+)

Slps solat isyak..barula gua ngerti knape hilai ketawa itu berlaku..sbbnye slang KL gua msih lg berbau budu cap ketereh..maklumla..ari 1st gua di negeri org..

B**istol..

*******

Arini genapla umur gua 24..Wah!!
Dimanakah cita2 gua dahulu..arkitek..berkubur teros..hahha
Tapi takpelah sekurang kurangnya gua telah berjaya menjadi sorg manusia yang berguna..takdelah gua menyusahkan makbapak gua..wlpn gua hanya sorg manusia biasa..gua hepi ng idop gua..

Trima kaseh kepada mmbr2 yg sudi mengewish hepi besdei kt gua arini..rasa terharu la pulakk..hahah

Oret..Caluss


Wednesday, June 10, 2009

Sunset Di Putrajaya

Arini..
Gua dipaksa oleh bos gua pegi Port Tanjung Pelepas...tarik VGA cable kt sn..gua dah malas daa..ade ke ari jumaat suh g sn..sok dah la cuti..masa utk gua merestkan badan gua yg xbrapa nk sakit nih..demm tol..(hati gua menyeranah)..tp dek komitmen keje dan memikirkan gua sorg pekerja yg baek..gua pn berlepas gak ke sana menaiki supervanet kompeni gua yg mmg tahap legend..knape gua ckp legend..sbb supervanet tuh telah menjelajah ke sluruh msia tolak sabah n sarawak je tanpa sorg pn dikalangan drebar nye ade GDL....mmg legend..gua rs..kalu ade jmbtan nk ke sarawak tuh konpem2 supervanet nih dah smpi dah..pasti..

Tepat jam 12.01pm..dgn supervanet yg sepatutnya diserbis tp xdiserbis wlpn dah lebey 4000km tp gua ng slambe memanduji nye..dlm kapla gua..kalu jd pape kt tgh hiway nti..mampos gua..dah la gua psl repair nih xbrapa nk gheti..mmg mampos la..cuma dlm ati gua..gua berdoa byk2 supaya xjadi pape nti..amin..kalu jd pn gua pasrah jela...

Smbil memandu dgn kadar 150km/j(cehh xnk ngalah tuh..padehal slow je) n mendengar radio sinar..gua sentiasa melihat cermin pandang belakang gua..mujurlah tiada yg bergerak laju dr arah kiri gua sambil membunyikan hon..gua terasa agak pelik gak la..nape la xde keta yg nk potong belah kiri gua nih..rupa rupanya br gua sedari smmgnya gua dok blah kiri je dr pucong smpi gelang patah..

Smpi di PTP dlm kul 5..gua terus melakukan keje penarikan kabel VGA tuh..target gua keje tuh akan dpt disiapkan dlm ms sejam je..satu point je pn..kacang ah..kerna gua kne bergegas ke Melaka utk berjumpa Jaba n membeli lense br gua..nikon 18-70mm..yihaa..ati gua bersorak girang..

Hujan gua sangka besh..rupanya panas je skg nih..keje gua di PTP tertangguh n bakal lense gua kt Melaka ada fungus pulak..dabel keciwa gua arituh..demmm...dlm pale otak gua nih dah terbayang bayang gua bermain main dan bergurau senda ng 18-70mm tuh ..skali jadi angan2 jela..xpelahh..gua memujuk diri gua..saba bro..sok masih ada (cm tajuk novel la pulak).

Setelah itu gua kuatkan semangat gua utk menyiapkan keje kt PTP nih secepat mungkin sbb gua xnk lpk lame2 kt johor nih..buhsan dol..asik johor je..kalu kt UK tuh xpelah..nih xabeh2 johor..aduyaii..gua mengeluh sorg diri..

Akhirnya dgn paduan pikiran gua dan mbr2 gua..yaitu Budi n Hafiz..kitorg berjaya gak menyetelkan projek tarikan kabel VGA itu..gua ng bangga menelepon senior engineer gua, Ujang..bg melaporkan kesetelan kerja gua bertiga...gua mndapat pujian melangit dr SE gua..mmg time tuh gua rs abeh sume lobang kt badan gua nih terbuka kembang..wakkaaka..
1st time dpt pujian xikhlas..sape xbangga kan..suma org konpem bangga ah..xyah la nk kencing gua...

Setelah selesai sume kerja gua bertiga pn bertolak utk pulang ke rumah gua yg dirindui itu..tapi sblm blk gua lpak2 dl kt gelang patah sambil menikmati juadah masakan panas imported khas dr negara sblh negeri gua..Thailand..mmg care abeh ah masakan die...ditambah lak ade awek2 siam yg agak panas di sana..mmg berselera abeh gua mkn..nk je gua oder sepinggan lg..tp memikirkan gua skg nih tgh berdiet..gua lupakan jela niat murni gua itu..

Oleh kerna gua dan 2org mbr gua sudah kekenyangan yg amat..suma sudah malas utk mendrivekan supervanet tuh...last2 gua gak yg menjadi mangsa keadaan dek kerna gua sorg je yg ade lesen..cis sungguh..

Dengan penuh konsentrasi gua memandu supervanet kompeni gua tanpa memikirkan ape2 implikasi..gua hanya memandu dan memandu menuju ke destinasi cinta gua..tp sesekali tuh gua rasa gua da terlelap selama 2sekens..tp mujurlah tidak ade ape2 yg berlaku..utk menghilangkan ngantuk tuh gua melakukan senaman meletupkan badan dan tengkuk gua..tp still negative..abeh senaman dr mata hingga ke ibu jari kaki kiri gua sudah gua lakukan..tp outputnye still negative..IQ gua nih dah penat memikir cmne cara nk menghilangkan perasaan mengantuk yg amat dalam nih..last2 gua mendapat idea yg agak bernas..gua membuka henpon sony eriksen z610i gua..dan terus mencari folder games...dan tterus gua bermain game diamond sambil memandu..alhamdulillah perasaan ngantuk itu dapat gua atasi dgn jayanya...dan akhirnya gua smpi ke umh gua dgn cemerlang tepat jam 6am...
buat kedua kalinya utk arini gua berasa bangga ng diri gua..
Yeahhhh!!!

Gua menepuk tgn kesorgan..clap2...

Smpi di rumah n tanpa berlengah lengah gua terus mencari toto gua dan eh silap..bkn toto gua teros mencari paip utk mengambil wuduk dan bersolat dan bersujud serta menyembah pada pencipta gua Yang Maha Esa smbil memohon seribu keampunan di atas dosa2 gua lakukan arini..

Sekian saje perjalanan idop gua utk ari jumaat yg lps..


***mmg lari tajuk..xde kaitan langsung..sbb gua igt nk post psl sunset putrajaya..skali terlalut lak..xpela..nti gua guna tajuk nih utk entry seterusnya..gua jnji..hahahha

Calus!

Friday, May 8, 2009

Simon and Garfunkel - Bridge Over Troubled Water

Ntah nape..aku asik dok layan lagu ni je skg..da jd lagu wajib didengar lak skg..huhu..i noe i juz luv dis song..
Jom layan lagu nih...

When you're down and out
When you're on the street
When evening falls so hard
I will comfort you
Dear!!

Oh, if you need a friend
I'm sailing right behind
Like a bridge over troubled water
I will ease your mind DEAR!

*****
Dats ma promises!! =)

Wednesday, November 12, 2008

Aku Dalam Dilema Lagi

Hmm mlm nih cm jd mlm yg menakutkan bg aku..rs cm horror ja..
Ntah..aku pn tataw nk ckp ape..
Br je td..Dear ckp Dear terasa hati ng aku..Dear benci aku..
Terkezut aku..rase cm gelap je dunia nih..

Sbbnye..psl semalam
Smlm aku adela anta emel kt Dear..juz nk ckp aku da taw Dear kapel ng sape skg..tuh je niat aku yg sebenarnya..
Xde langsung niat nk suh Dear jd makin benci kt aku..kalu nk suh makin syg adela...
Tapi aku rasa Dear da slh phm ng emel aku tuh..
Aku sbnrnya tgh blur...ayat mn yg wat Dear rasa benci kat aku..

Adakah sbb aku persoalkan nape Dear xnk ngaku kapel ng org tuh?
kalu sbb tuh..aku bkn nk persoalkan sgt..cume aku nk taw je nape Dear xnk ngaku..
mungkin ayat aku tuh nmpk cm kasar sgt n busy body kot..
Kalaulah sbb nih Dear marah..aku terima la..nk wat cmne..itulah kelemahan aku..

Tapi aku ter pk gak..kalu sbb lain..
hmm..
Dlm emel tuh aku ade ckp gak..aku skg da dpt terima kenyataan yg Dear bkn milik aku lg..n aku rasa bahgia tgk Dear ng bf Dear.Aku da bley let it go.
Dan satu lg aku ckp..
Lepas nih Dear xkan jmpe lg p0kpih yg skg nih..iaitu p0kpih yg still mengharap cinta Dear..

Ntahla...
Kalu sbb yg kedua nih yg wat Dear benci kt aku..aku rs cm ade pelangi selepas hujan ja...
Tapi aku xnk la syok sndri kan..kang merana badan lak..
Harap2 sbb yg 1st la..tp jauh di sudut ati aku mengharap yg 2nd 2..hehe..

Lepas Dear bce emel tuh..kitorang berYM la kjap..
Dear tnye aku da lpe ke jnji aku dl..xnk kontek Dear da..nih nape kontek blk..

Aku reply..
Aku hanya akan kontek Dear bila aku da xrase syg kt Dear..
So Dear tnye la...so skg nih da xrase la..
Aku jwb la..
Bkn xrase cume aku pendam n sorok2 dlm2..
sbb nye aku da xtahan..makin aku nk buang syg 2..makin bertambah syg aku kt Dear..
so wat ms skg..baek aku simpan la dl..
Dah tibe ms nye nti..aku akan bg la kt Dear blk..tuh pn kalu ada jodoh..kalu xde..biala syg nih...syg utk Dear bersemadi tros kt dlm ati aku..
Tapi ayat yg last tuh aku xgtaw la Dear..xsmpat..Dear da signout..
Melepasss..hehe

Aku kontek Dear mlm td pn..sbb i need sum0ne to talk to..aku mn ade org lain..Dear je sudi dgr rapikan aku..xsangka lak jd cmnih..


Sebenarnya..mlm td aku dpt pengajaran lg..
aku nih sebenarnya bkn nye bley let it go..but i can let it be..cm yg aku ckp dlm entry SEPI sblm nih..

Jikalau Dear bahgia ng pilihan Dear skg nih..aku pn akan rs bahgia dr jauh..aku akan lpaskan harapan dan perasaan aku nih.
Akan tetapi jikalau Dear xbahgia..aku akan tarik balik harapan dan perasaan itu..n aku ttap akan tggu kt cni smpi Dear dtg..

Aku harap Dear akan sedar yg aku sbnrnya aku nih akan tetap tggu Dear..wlpn cume ade secebis harapan..
Aku akan sabar menunggu..
Cuma wat msa nih..bia la Dear ng dunia Dear dl..aku ng dunia aku..aku xnk kaco Dear n dh37V..
sbb bkn prinsip aku kaco kebahgiaan org lain..
Aku hanya akan memerhati dari jauh..jikalau ade jodoh barulah aku akan mengorak langkah menekel kembali..hehe

Sesungguhnya..setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dan di harap Dear akan memaafkan aku dan memahami maksud ku yg sebenarnya..
InsyaAllah..

588 8 7336!

Friday, November 7, 2008

Ada Hati Semua Jadi

Wo wo!
Lame gak aku xupdate OgheKL nih..rs rindu la plak nk menaip.(padehal ari2 menaip..ym).hehe.
Nk kate aku bz xde la pulak..biase je..tp cm rs xckup masa je nk story kt cni..ntah la..
Dok kt ofis bkn watpe pn..keje bkn byk..lpk2 aku rs lg byk..tp nape la aku rs cm xckup masa..
Adakah sbb aku terlalu membazirkan masa atau...no idea la.
Dulu igt..nk mengomel kt cni plg kurg pn seminggu skali..tp msok ari nih da dkt ng 10hari da..
Tak bley jd nih..

Jap2..aku nk igt ape yg aku dah buat dlm seminggu nih..
Hmm..

Mungkin aku byk dok concentrate kt projek JPS aku kot..nk kontek supplier la..JPS la..bos la..
Tuh yg jd cm org xckup masa..maybe..
Rasa cm kjap gile ms berlalu..
Mmg kejap la..pejam celik pejam celik je arini da msok jumaat..
Seb baek la keje aku da nk setel..Alhamdulillah..

Aku rasa skg nih cm da jd seorang yg bertanggungjawab da..
Dulu serius ah aku ckp..mmg aku xamik port sgt psl projek nih..malas gile nk cari solution..sume tgu bos je..kalu bos suruh aku watla..
Kalu bos xsuruh..mmg aku wat derk jela..
Skang nih..br la rs cm hmm baik aku setelkan cpt2 projek nh..cpt sket aku dpt bonus nye nti..
Hopefully la.
Haha..

Hmm..
Satu lg yg aku perasan kt diri aku nih..
Aku cm da bley trima the fact dat Dear bkn lg milik aku..
Yg nih la aku rs perubahan besar blaku dlm sminggu nih.

Mmg btol org ckp..ssh nk lpaskan org yg kite syg..
Tiap2 hari aku pk..pehal la ssh sgt nk let it go..
Ntah beriban2 kata2 smangat aku bc..semua nye cm xberguna ja.msok ikut mata..gi kt otak..lps tuh kuar ikut buntut..nothing..
Hahah..mmg gile rs dowh..

Tp dlm seminggu nih..ntah nape..perasaan let it go tuh cm da sebati ng diri aku..
Aku pn tataw dr mn dtg nye..
Hmm mgkin sbb ade mmbr aku ckp kt aku cmnih kot..

"Org da xnk kt kau..apehal kau nk feeling2 lg beb"...."chill2 suda"..

dan yg nih..

"and dont go with the flow but plan the flow"


Aku nih kne kasi ayat2 keras n mkn dalam br aku cpt sedar kot..kalu x..smpi bile pn ssh nk berpijak atas bumi yg indah nih lg la..msh di awang awangan..huhuu

So..
Persoalan yg slalu bermain kt pale otak aku dl iaitu knape aku ssh sgt nk lpe kan Dear..
Aku rs aku da menemui jwpn nye..
Aku ade 2 jwpn..hehe
First..sbbnye aku nih tidak diberi peluang kedua dan
Second is aku xbley terima Dear bkn lg milik aku..
Inilah jwpn yg aku cr slama nih..
Susah btol nk jmpe jwpn nih kn..padehal bkn ssh pn jwpn die..xdela sesusah final year exam aku dl..huhuu

Main point die da dpt..so ape lg..cara nk menggorengnya la plak..haha..
Ape yg aku wat ialah sng je..niat jela..'aku lps kn nye'..syaratnye ialah..dgn sepenuh dan seikhlas hati la..huhhu..
Simple gile la kn..
Mcm xmasuk dek akal la pulak..haha
Percayalah beb..nih je care nye..
Org pnh bg idea kt aku...mcm2..suh hangout ng pmpuan2 la..bz kan diri la..ape ntah..byk gile cara nye..

Bg aku bende nih sume xleh pkai aku rs..bg diri aku la..
Even aku slalu mem bz kn diri n hangout ng dak2 pmpuan pn..mestila..konpem terigt gak kt Dear..tgk pmpuan lalu.."eh cm Dear la plak minah nih"..then ati nih tetibe jd rindu...adoiii..lg la xdpt beb..ssh dowh kalu hati kita sndri xnak melepaskan dia..

Benda nih sume bergantung kt diri kita sndri iaitu hati kita..sejauh mn kite nk lps kan nye dari hati kita..
Kan pepatah melayu ade gtaw..
Ade Hati Semua Jadi.
Semuanya bermula ng hati..kalu hati dpt lpaskan..mmg sng la kn..
Tapi mostly..hati nih mmg ssh nk lpskan..so mmg jd problem..
Huhu..

Okies..
Aku rs ckup da kot aku story mlm nih...wlpn cm blur2 sket aku story mlm nih..at least aku da taw da cara dia..
Aku da bebaskan Dear..aku arap Dear bley terbang sebebas bebas nye nnt bersama org yg Dear syg..dh37V..
Aku pn pasnih xnk tropong2 da Dear..tkut nti aku terburu Dear kembali lak..haha..
Xpasal2 hampa lg..haha
K beb..Next time i wil story bout my travel to Zoo Melaka lak..yg nih lpe nk share td..

Tata =)

Sunday, October 26, 2008

Peluang Kedua

Tahniah untuk Mawi n Ekin yang akan berkahwin disember nih..aku mendoakan semoga kebahagiaan akan mengiringi mereka sampai bila2..
Amin.

Aku lak bila lagi ek?
Hahaha..
Lambat ag la beb..byk lg yg aku kne prepare..bende nih bukannye cm main pondok2.
Byk yg perlu belajar.

Igt senang ke nk tanggung anak org.Diri sendiri pun cm kais pg mkn pg.kais ptg mkn utk sok pg.
Nak tanggung anak dara org kunun.xdapat la kalu wat masa terdekat nih.
Tapi kalu dalam 2-3 tahun ag..InsyaAllah la..mudah mudahan.
hehe =)

Okies..
Arini aku bukan nk story pasal perancangan kawen aku.
Tapi aku just share ape yg aku telah dapat dalam masa seminggu nih.
Dalam perjalanan balik dr BBB td aku cm sedar sumthing yg aku xberapa nk sedar b4 this.
Iaitu nape aku still mengharap nak rujuk balik ng Dear or dgn ayat yg lebih sng 'kapel' balik ng Dear.

Kalu baca2 balik entry aku yg sblm nih..rasa malu la plak wat luahan cmtuh.rasa cm aku nih xleh nk terima ape yg berlaku.
Rasa cm aku nih masih dibayangi kisah silam lg.
Tidak berpijak pada bumi yang nyata.
Btol tak?
=)

Tapi arini aku rasa cm aku dah menemui jawapan yg aku cari selama ini.
Hopefully la.
Aku rasa sbb utama aku mahu kapel balik ialah untuk membetulkan balik kesilapan yg telah aku lakukan dulu kt Dear.
Aku mmg harap sgt2.
Tapi apakan dayaku peluang itu tidak ada.
Ada.
Cuma utk satu hari setengah je.
huhu.

Ya.
Itulah reasonnye aku rasa.
Aku rasa ralat gile sbb tak pernah pn dapat peluang tersebut.
Yang membuat aku lg sedih dan sering keciwa nye.
Org lain Dear bulih plak bg byk peluang.
OFF..then ON blk.
Sedangkan aku..
OFF n tros breakdown.xleh nk repair lg..button ON tuh da rosak habis la kot.nk tekan pn xleh lg.
Tuh yg wat aku jd gile jap tuh.
Nape la malang sungguh nasib aku.
Aku cuma diberi peluang utk berkawan saje.
Takleh nk lebih2 dah cm dulu.
Juz fren ok! n
No hidden agenda ek!
Dan aku rasa inilah punca sebenar konflik dalam diri aku.
Aku tidak diberi peluang.
Peluang utk menyayangi dan mencintai Dear.

Tapi Alhamdulillah la..
Dlm 2 minggu aku dok menganalisa diri akhirnya aku mendapat solution yang terbaek kot aku rasa utk diri aku nih.

Sepatutnya..
Awl2 lg aku patut bersyukur kerana Dear masih lg sudi berkawan ng aku walaupun aku telah membuat silap kat Dear sebelum nih.
Nih tak..aku nih..
Asyik mengharap nk kembali cm dl..nk gak..nak gak..xkire..
Nmpk sgt desperate.
Dear dah ckp xnk tuh phm2 jela.
Nih wat derk je..wat duno lak aih..

p0kpih..p0kpih

Kire ok la tuh Dear ckp nk kwn.
Katakanlah Dear xnk kawan ng aku lg.
Mau aku diburu rasa bersalah smpi bila2.
Dear da ckp Dear lg selesa kwn ng aku drpd kapel.
So..

Syukur la weh p0kpiH!

Ade gak org nk kwn ng ko!

Haha..
And today is a rite time for me to MOVE ON I guess!
To be as a reasonable and responsible man maybe.
Nilah solution dia..hehe.

Aku realize satu bende la arini..
Nak membina hubungan cinta yang berkekalan dan bahgia bukan sekadar perlu berkapel or bercinta beb.
Byk perkara penting lain yg perlu aku titikberatkan.
Contohnya diri aku sendiri.
Org ckp cermin lah diri sendiri dahulu
Mampukah aku utk memberi kasih sayang?
Mampukah aku utk jujur dan setia?
Dan mampukah aku utk mnjadi seorang yg bertanggungjawab?

Dalam bercinta sememangnya byk dugaan dan cabaran nye.
Mampukah aku menghadapinya?

Jadi perkara utama yg perlu aku dibuat skg ialah muhasabah diri and 'self improvement'.

Aku perlu mempersiapkan diri aku dgn ilmu yg secukupnya kalu nk membina dan mencipta kembali hubungan yang bahagia dan berkekalan.

Tapi di zaman yg dah berubah dan dunia makin maju nih..
Bukan stakat dada perlu diisi dgn ilmu..poket pn perlu diisi gak dowh..
Mesti datang ng pakej yg lengkap taw.
2 kriteria nih da jd cm wajib lak skg nih.
Kalu kurang salah satu je mmg 'foul' la.
Hmm..tapi ade je yg pkai 1 kriteria je..
Poket.
Tp phm2 jela..bulih 2 bulih ar tp nk kekal lme ssh sket ar..
Hehehe..

Jadi jln yg plg selamat..lengkapilah diri ng 2 kriteria tersebut..
Aku harap dlm masa 2-3 taung akan dtg 2 kriteria nih berjaya aku capai.
Dan masa tulah aku akan memulakan langkah mencari tulang rusuk ku secara ekstrem.
Hahaha.
Dan time tulah peluang kedua aku akan tiba.
Aku yakin.
Peace =)

Dan aku mengakui kata2 nih.

'Org yg byk merana ialah org yg tak tahu ape yg dia nak'

Peace again =)

Monday, October 20, 2008

Hujan Selepas Pelangi

Hi..
Oleh kerana skang ini hujan turun amat lebat..so aku terpaksa la lepak kt opis dulu..
Alahai..kalu dapat tido kt umah nih..besh giler ah sjuk2 cmni..mahu sampai nk abeh maghrib baru aku bgn blk nnt nih..
tp apakan dayaku..

Sudah lama aku x update Oghe KL nih..
4 hari da kot (kalu x silap ar)

Hmm..
blurr ah..tatau nk tulis mende..
Kosong.

Tadi aku br dpt kol drpd my mom..tnye nak blk ker x deepavali nih.
Aku pn xsure lg nk blk ke x..sbb aku rsa cm nk g jln2 kl je cuti deepavali ni sambil tmbah skil photography aku.
Tp my mom ckp chik n suni aku blk gak..
Rasa rugi la plak kalu x blk nih..bile ag nk jumpe dorg.
Tgk la dulu..kalu tiket bas mengizinkan aku blk aku sure blk.
Selambelah.

Aduyai tetiba je teringat kt Dear.
Apa kabarla Dear skang?
Mesti tgh study nk final exam tuh or
Tgh membuta.Hahaha
Aku senyum sendirian =)

Semalam aku tgh kemas2 barang aku tetibe je terjumpe kad yg Dear bg kt aku.
10 Things I Love About You.
Pergh rasa bahgia tetibe.
Tapi kejap jela sbb aku sedar sape aku skg nih.
Kenangan.

Kenangan bukan untuk diingat tapi untuk dikenang!

tata!