CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 22, 2009

Satu Hari Di Hari Puasa

Selamat Berpuasa gua ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Terlebih dulu gua mahu memohonkan seribu kemaafan jika gua ada terkutuk terkata termaki tercaci dan lain lain ter lagi la. Gua nih manusia biasa ja. Tak lari dari membuat silap. =)

Gua arini naseb baek sempat sahur. Bangun dah kul 5suku. Aiyak. Gua malam tadi ingat nak tidur kejap ja. Kul2 igt nak bangun balik. Cari makanan sebab perot gua nih belum menjamah sebarang nasi lagi sejak kelmarin. Hanya menjamah burger king je. Maklum la, perot gua nih perot melayu. Kalu tak isi dengan nasi sehari memang rasa macam tak makan la sehari tuh.

Maka dek keletihan, tertidur la gua hingga gua seakan akan terdengar satu suara yang memanggil manggil gua. Rupa rupanya gua terdengar alunan mengaji dari masjid yang berdekatan. Gua pun cuak ah. Perot tak isi lagi. Subuh dah makin memanggil. Gua pun bangkit dengan pantas dan mengusha pantry gua.

"Aloss la, apa gua mau makan neh?..ape pn takder." ngomel gua sambil menggaru garu kepala.

Setelah melakukan senaman berlegar legar di pantry gua, gua telah terpandang akan 4jibik telur ayam. Lantas tanpa berlengah gua terus menjerang air di heater sambil memasukkan 2jibik telur itu.

++++++

Maka tersedialah telur yang tak berapa nak masak untuk hidangan sahur gua. Tapi malangnya kicap habis pulak. Nak tak nak terpaksalah gua makan telur separuh masak yang pure je arini. Walaupun agak tak berapa sedap, gua telan jela daripada membiarkan perot gua kekosongan.

Oret,

Selamat Berpuasa dan semoga bulan Ramadan membawa keberkatan kepada kita semua.

Sekian.

Gua mau bukak dengan apa eh petang nanti?
Baru kul10 dah pikir pasal bukak dah.
Terok terok terok!!!

Sekian lagi sekali.


0 Komen: