CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 18, 2009

Tol Percuma Hari Raya

Hari ini gua bangun tidur dengan penuh semangat. Maklumla semangat nak balik raya. Tapi bangun tuh kul 5.15am gak la. Same je ngan ari sebelum nih. Tapi arini gua bersahur pun dengan air kosong ja. Dah tak lalu dah nak makan dowh plus gua nak diet sket untuk menampung bebanan perut time raya nanti.

Setelah gua mempersiapkan diri, mengemas n mempacking serba sedikit barang2 untuk pulang ke desa terchinta gua. Gua pun terus bergegas turun untuk ke tempat kerja. Jalan Puchong Perdana clear. LDP clear. NPE lg la clear. Jalan Bangsar pun clear.

"Cis..sume dah stat cuti ah nih..gua gak terpaksa keje lagi arini..demmm" hati gua berbisik.

Sampai di ofis je. Gua tengok cuma ada beberapa kerat je yang tinggal. Alahaii memang takder mood la nak keje beb. Layan fesbuk pun dah tak besh da.

"Aduhh apa gua mau buat neh?". Gua mengeluh

"Gua gi shopping jela jap ag. Yeahhhh!"

Bijak..bijak...
Calus.

Monday, September 14, 2009

Oh sb900!

Siak. Tensen. Cis.
Itulah yang gua mampu ucapkan. Gua tengok2 balik gambar2 yang gua amek time bulan puasa nih agak menjengkelkan. Hampeh. Semua out je. Tak sharp.Tapi kalau pakai lense feveret gua 50mm takde hal pulak. Cun.

Kalu pakai 18-70mm terus hampeh. Oh please la sifu2 gua membantu anak murid mu yang tak berapa nak pandai nih.

Okla. gua mau bertapa dulu.
Calus

Saturday, August 22, 2009

Satu Hari Di Hari Puasa

Selamat Berpuasa gua ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Terlebih dulu gua mahu memohonkan seribu kemaafan jika gua ada terkutuk terkata termaki tercaci dan lain lain ter lagi la. Gua nih manusia biasa ja. Tak lari dari membuat silap. =)

Gua arini naseb baek sempat sahur. Bangun dah kul 5suku. Aiyak. Gua malam tadi ingat nak tidur kejap ja. Kul2 igt nak bangun balik. Cari makanan sebab perot gua nih belum menjamah sebarang nasi lagi sejak kelmarin. Hanya menjamah burger king je. Maklum la, perot gua nih perot melayu. Kalu tak isi dengan nasi sehari memang rasa macam tak makan la sehari tuh.

Maka dek keletihan, tertidur la gua hingga gua seakan akan terdengar satu suara yang memanggil manggil gua. Rupa rupanya gua terdengar alunan mengaji dari masjid yang berdekatan. Gua pun cuak ah. Perot tak isi lagi. Subuh dah makin memanggil. Gua pun bangkit dengan pantas dan mengusha pantry gua.

"Aloss la, apa gua mau makan neh?..ape pn takder." ngomel gua sambil menggaru garu kepala.

Setelah melakukan senaman berlegar legar di pantry gua, gua telah terpandang akan 4jibik telur ayam. Lantas tanpa berlengah gua terus menjerang air di heater sambil memasukkan 2jibik telur itu.

++++++

Maka tersedialah telur yang tak berapa nak masak untuk hidangan sahur gua. Tapi malangnya kicap habis pulak. Nak tak nak terpaksalah gua makan telur separuh masak yang pure je arini. Walaupun agak tak berapa sedap, gua telan jela daripada membiarkan perot gua kekosongan.

Oret,

Selamat Berpuasa dan semoga bulan Ramadan membawa keberkatan kepada kita semua.

Sekian.

Gua mau bukak dengan apa eh petang nanti?
Baru kul10 dah pikir pasal bukak dah.
Terok terok terok!!!

Sekian lagi sekali.


Sunday, August 9, 2009

Missing In Action

Semalam..di satu tengahari yang panas (gua tipu je padehal tak panas pun. ada ekon kot)

Member gua, Mael kol..
"Pokpih, lu katne?"

"Gua kat opis dowh, keje." Balas gua ringkas.

"Lu tak pergi exam PTD ka?" tanya Mael lagi.

Ya Allah macam mana gua boleh terlupa yang gua ada exam PTD semalam. Seyesli gua tak ingat langsung pasal exam tuh. Gua ingat next week. Sekali minggu nih daa..
Demmmmm.
Terpaksa la gua apply lagi sekali.

++++++++++

Ini cerita kedua.

Sedang gua melayari dunia tanpa sempadan sambil usha awek-awek kat facebook. Tetiba member opis gua tanya.
"Lu layan mana perisai komuniti sok?"

"Perisai komuniti mende plak ni. Sizen nak stat lambat lagi dowh" Jawab gua yakin.

"Kepala lu, nex wik dah 15 la dol." Balas member opis gua.

Masya Allah..
Apa telah berlaku pada gua ni sampai benda yang gua selalu ingat pun gua boleh lupa.
Nak kata gua tengah angau skang memang tak la sebab gua pun masih menyingle lagi.
Nak kata gua busy. Takde la busy mana pun. Kerja bukan banyak mana. Rilek je gua dok opis.

Haiihhh. Terasa tua pulak gua tetiba.

Calus.

Monday, July 20, 2009

Lagenda Baru Sudah Muncul

Gambar ni gua cilok drpd cikzul photoskul

Sesungguhnya baru arini gua tau sebenarnya ada di kalangan anak melayu kita yang berharga 81 juta pounds. Tahniah brader!!

Sunday, July 19, 2009

United Signed Amri Yahyah?

Aksi Amri yang memukau malam tadi telah menarik perhatian SAF

Setelah menjaringkan 2 gol yang begitu menakjubkan pada malam tadi. Sir Alex Ferguson (SAF) dikatakan sedang merisik khabar untuk mengambil tandatangan Amri Yahyah bagi mewakili Syaitan Merah pada musim depan. Dikatakan perbincangan perpindahan ini belum menemui jalan penyelesaiannya kerana Selangor hanya akan melepaskan Amri Yahyah pada harga 200 ribu pounds sterling. -Bername

Adakah Amri Yahyah akan menjadi orang terakhir yang dibawa SAF ke Old Trafford?
Sama-sama kita nantikan.

Wednesday, July 15, 2009

Sengal

Harini gua terasa sengal-sengal ubi saje. Gua pun tatau kenapa gua bulih menjadi sedemikian rupa. Padehal arini adalah hari di mana kehidupan baru gua akan bermula. Oghe Kelate cakap 'A New Journey Begins'. Mungkin sebab gua agak kemalu maluan ini hari. Maka terjadi la sindrom sengal-sengal ubi ni. Gua harap esok gua tidak akan sengal-sengal ubi lagi. Amin...
Calus!!