CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 24, 2010

Nasi Ayam Berempah

Mutiara Ma Catering suatu masa dahulu

Tengah dok syiok2 godek folder gambar gua. Gua terjumpa dengan pic nih. Rasa sayu je kalu tengok balik gambar ni. Kalu lu orang nak tahu, di sini la tempat gua membeli nasi ayam berempah time kecik kecik dulu. Time tuh kt kampung gua mmg dah femes abis da nasi ayam berempah ni. Memang champion la. Thanks to auntie Ma aka ibu kepada Bujamumisukan kerana memperkenalkan nasi ini kepada gua. Nasi ayam berempah beliau mmg bulih buat gua tidak tidur malam la. Sampai termimpi mimpi tambah mengigau sket2 la. Betul beb. Kalu lu xcaye lu tanya mak gua. Dia punya sedap tuh. Peh. Kalu ade 2 bungkus pun, konpem gua boleh abehkan la.

Dulu time gua nak gi kelas tambahan ke tuisyen ke. Konpem gua singgah kat kedai Mutiara Ma nih. Beli sebungkus plus air teh o beng then bawak gi kelas. Sambil tunggu cikgu sampai. Gua layan nikmat ayam berempah dulu. Care ah beb. Gua taip nih pun gua rasa lapar je tetibe. Arghhh. Sedap sedap.

Tapi malangnya sekarang, gua tidak dapat lagi merasa kesedapan nasi ayam berempah ni dek kerana faktor usia auntie Ma. Gua dengar cerita. Auntie Ma telah menurunkan ilmu dan resepi nasi ayam berempah ni kepada anak anak jantan beliau.

Gua harap, anak beliau iaitu member gua, Bujamumisukan dapat meneruskan tradisi nasi ayam berempah ni hingga ke akhir garisan.
Sekain.

sistem.pesanan.ringkas:

Untuk makluman, deretan kedai kedai di atas kini telah tinggal kenangan dek dihanyut oleh arus pembangunan yang sedang melanda kampung gua, Kok Lanas. Tapi semua itu masih bermain main di kotak fikiran gua.

1 Komen:

Anonymous said...

Ni simpang pangkal kalong?