Kecewa!!
Itulah yg mampu ku ungkapkan setelah balik dr tgk bola mlm td..wlpn keciwa tp aku tetap bangga menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelate setelah sekian lama menyepi dari persada bola sepak tanah air..Tahun ni Kelate telah menunjukkan belangnya kembali..Tahniah utk skuad Kelate!!!
Semalam jugalah aku kembali ke stadium utk menyaksikan bolasepak Malaysia setelah lebih 15 thn x g stadium...last aku g tgk bola ialah tahun 1995 kalu xslp aku..ant Kelantan VS Pahang..mmg lame gile xmenjejak kaki kt stadium nih...aku agak aku da lupe cmne suasana stadium tuh..hahhaa
Smpi je Bukit Jalil..wah mcm2 ragam dan stail aku tgk..Selangor ng merah kuning nye..Kelantan ng merah putehnye..kaler mengaler rambut..muka la..bapak ah bes gile dol...
rasa nk join je...tp tkut di kata poyo lak..hahaha..kat sn byk gile gerai jual jersi n baju..tp satu je..harga bapak ah mahal..kalu kt kelantan..jersi bley dpt rm20..kt sn rm40..aduyaii..2x ganda tuh beb..tp final punye pasal..xde hal la..40 pn 40 la..hahha
Usha punye usha akhirnya aku pn terpengaruh smpi agkt gak la sehelai collar t-shirt..rm25..lepas tuh g beli gelang n kain pengikat kapla dan ape ke name ntah yg bunyi cm hon lori tuh..sume abeh 40 hengget..huhuhu byk gk aku spend mlm td..aiyakk...tp xpela..skali skala..bile ag Kelate nk masok final..time ni la nk galok...keskeskes..
Masok je stadium dah rs kehangatan final dah..belah sini..penuh ng kaler merah..belah sn penuh ng kaler oren..perghhhh cayalahh..tp semestinya fans Kelate lg rmi..dkt 50riban gk la aku rs..mula2 cm biase la..ombak mengombak jela keje nye..mmg besh..tp kalu selangor wat ombak konpem kne boo nye..time kelantan wat xde lak dorg boo nye..hahhaa..aku ape lg..ng My Dear aku tros tembak menembak jela..seb baek la pkai prime lens je..kalu pkai tele mmg lg masyuk..huhu..
Sepnjang 120 minit game tuh keje aku menembak je..sume aku tembak..termasok la FRU skali...hahaha..smbil menembak..smbil bersorak..tp aku rs saat plg bes bile Farhan score tuh...mmg rs cm kne rasok..abeh anak tekak kua nye..wakkaka..yg xthn nye siap blg2 mercun ag tuh..dah cm raye pn ade aku tgk..tp sian kt FRU n photographer kne mercun..huhu..pasrah je dorg aku rs..tp mlgnye kegembiraan hanya seketika..skali slangor balas pulak dah..tros syp jap fan Kelate...hahhaa
Tapi papehal pn mmg aku enjoice tgk game mlm td..
nti aku upload pics later..igt nk upload mlm nih..skali my bro xwat blk beg kamera aku lak..tpakse tgu sok nih..adehh...
okeh..
calusss...
Sunday, April 26, 2009
Final FA Cup: Red Warrior VS Red Giant
Saturday, April 25, 2009
Demo Tahu Ko Dok?
DEMO TAHU KO DOK?
Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu.
Orang Kelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the word “lingkar”).
Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus.
Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.
Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.
DEMO TAHU KO DOK?
Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat.
Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari).
Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut.
Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulu naik” dan seterusnya.
Kalau di tengah laut macamana pula yer?
DEMO TAHU KO DOK?
Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali.
Mengikut sejarah, Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat.
Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor.
Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini
(bermula di kawasan Padang Bank dan Dalam Kota)
Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.
DEMO TAHU KO DOK?
Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu.
Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen kereta api ini.
Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan bersebelahan stesyen kereta api ini.
Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara berperingkat-peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.
Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan.
Yang ada hanyalah tapak.
DEMO TAHU KO DOK?
Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya).
Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh pembangunan.
Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.
DEMO TAHU KO DOK?
Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang ini adalah tapak Hotel River View).
Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka.
Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – juga bakal diruntuhkan), Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu.
Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini.
Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe...
DEMO TAHU KO DOK?
Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan.
Ketakutan kali ini bukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam.
Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembang sehingga larut malam.
Ramai juga yang maut kerana wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik.
Keadaan ini berlarutan untuk beberapa tahun.
Macam mana rupa hantu Jepun tu yer?
Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.
DEMO TAHU KO DOK?
Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku.
Semasa zaman Tok Kenali dulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut.
Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajar di Masjid Muhammadi).
Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburai dan terkena ke atas salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepi sungai masa tu.
Tiang layar tersebut milik perahu yang sering ke laut menangkap ikan.
Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambil berkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiang tersebut sebaliknya mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut.
Mungkin atas keberkatan ini, pemilik perahu layar tersebut dalam waktu yang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak. Wallahua’lam.
DEMO TAHU KO DOK?
Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan dibahagikan kpd tiga.
Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.
Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang.
Kenapa? Sebabnya adalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa malam.
Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.
Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah.
Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan.
Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.
DEMO TAHU KO DOK?
Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh).
Puting Beliung yg melanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun.
Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahang termasuk juga Johor
(Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini).
Bagi keluarga yg mempunyai anak perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan keluarga.
Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.
DEMO TAHU KO DOK?
Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.
DEMO TAHU KO DOK?
Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor.
Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan.
Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang baru.
Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.
DEMO TAHU KO DOK?
Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu.
Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya.
Tol ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat.
Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di pantai timur.
Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.
DEMO TAHU KO DOK?
Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut meriah oleh rakyat Kelantan.
Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja.
Pada waktu ini rakyat keluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik.
Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?
Friday, April 24, 2009
24 April...
Humanggai..
lame gile aku x menjenguk Oghe Kok Lanas nih..
dah nk dkt 100 ari dah..lame tuh..
nih kalu bini kne tinggal lame cmtuh..mau mengamuk sakan nti..
tp kalu bini xde aku tinggalkan kot..sape x sayang bini beb..hehe
24 April..
Aku kembali berazam utk sentiasa mengupdate OgheKokLanas ni..
xkira la satu ayat pn jadi la..hukhuk..
tataw la btol2 menjadi x azam aku kali ini..but hopefully i can do it..yeahhh!!!
Aku janji blog ini akan sentiasa menyediakan input yg besh2 utk santapan semua..
Dan seterusnya dpt menghiburkan diriku dan anda semua..
Orait...
gue mau titon dl..
Calusss....
Saturday, January 31, 2009
Cuti Chinese New Year
Woahaaa!!
Skang nih mood cuti raya cina masih terasa wlpn aku cuti smpi selasa je..haha(gile cuti sbnrnye aku nih)..ari rabu arituh aku g keje..otw nk g keje tuh aku tgk sume kedai kt bandar puteri lengang gile..rs cm g keje ari ahad je..adoi..cm xcaya lak arini keje..woahaa!
Cuti arituh aku rs bes giler..sbbnye 1st holiday wit my new Dear D90..hahah..dlm ati niat nak menembak je kalu dah smpi kg nti..tp hampeh..xberjaya..huhu
Smpi je umh pg sabtu tuh tros aku jogging ng Budin...mbr skolah rendah aku..tp aku nye fitness low la plak..skali pancit daa...hehe..route kitorang same je sejak dl hingga skg..aku suka gile route tuh sbb lalu kwsn kampung..tepi sungai..tenang n sejuk mata memandang beb..
Aku rindukan ketenangan yang sedemikian..
Petang tuh lak..igt nk g shooting kt tepi sungai..route yg aku joging tuh..skali ujan pulak dahh..hampa nye aku..menembak dlm umh jela...
Kat bwh nih aku upload some pics of my niece..Umairah Batrisyia..rindu bangat sama dia..
*pic nih aku amek time dia br je bgn tido..muka nye nmpk tak bermaya sket sbb kena bunga rambai..bdn byk merah2..siannnye..
Shutter speed: 1/30s
Aperture: F/1.8
ISO: 320
WB: Auto
*Penat aku mengagah..tp xberjaya utk wat dia tersenyum..huhuh..aiyak!
Shutter speed: 1/30s
Aperture: F/1.8
ISO: 320
WB: Auto
*Yang nih plak aku amek time dia nk blk kg opah dia kt temerloh..still muka inesen ag..huhu
Shutter speed: 1/60s
Aperture: F/1.8
ISO: 800
WB: Auto
*Aku rs lain plak tgk muka batrisyia nih..sbb rambut dia kot..slalunye aku tgk asik cacak je..papa nye mau tgk dia kelihatan feminin kot..hahah =)
Shutter speed: 1/40s
Aperture: F/1.8
ISO: 800
WB: Direct Sunlight
Aku rs stakat ni lah ekperimentasi terhadap anak buah aku nih..kang byk2 lak jd muak..hehe..
Calussss!
LUAHAN p0kpiH Pada 8:28 AM 0 Komen
Labels: D90, Eksperimentasi, Keluarga
Thursday, January 22, 2009
101 hari
Wow!..
Sudah 101 hari dah usia blog nih..impressive...wlpn xbyk sgt input aku tp aku puas ati...huhu..
Rasa cm xpercaya ja..rasa cm baru lg 1st post aku tuh..gilelah lu beb!
Okla..sbg menyambut hari ke-101 blog nih..aku nk upload some pics from my new Dear..D90 with Nikon 50mm f1.8 D..
check it out!*Pic nih aku amek ms nk main test2 ng Aperture Mode...
Ex: 1/400 s
Aperture: f1.8
ISO: 80
WB: Auto*Yg nih lak aku sje nk main2 ng low shutter speed..cm bes la pulak..huhu
Ex: 1/1.6 s
Aperture: f22
ISO: 200
WB: Daylight*Anak jiran aku..slambelah aku upload tanpa permission makbapak dia..sori2..=)
Ex: 1/50 s
Aperture: f2
ISO: 200
WB: Auto*Model = Jek..(wat muka inesen lak mamat nih)
Ex: 1/80 s
Aperture: f2.5
ISO: 200
WB: Auto
Walaupun gambar2 tidak la cun sgt..tp aku tetap puas ati..bab kata pepatah..
Practices Make Perfect!
Calussss! =)
LUAHAN p0kpiH Pada 9:49 PM 0 Komen
Labels: D90, Eksperimentasi
Tuesday, January 20, 2009
Dear Baru...Yihaaa!
Semalam..
19 Januari 2009..tepat jam 9.00pm dan
Berbekalkan mas kahwin rm200 n Hantaran rm3300..akhirnya aku dpt membawa balik sorg bini baru yg bernama D90 dr Bintang Maju Mines..
Dah lame aku dok usha awek nih..smpi setiap tidor aku asik mengigau nama die je..nk kata angau tuh xdela sgt..tp ssh la nk explen ke obsesan aku terhadapnya..
Aku berterima kasih pd Angah aku n Jemie kerana sudi memberi funds utk aku..kalu xde dorg..mmg lmbt lg la aku nk berbini nih..haha..=)
Time da pegang D90 ni..aku rs cm bermimpi je..cm xcaye je aku da memilikinya..bgn pg td..aku tersenyum sndirian..cm org gila pn ade..aduhaii D90..
Mlm td aku asik dok stadi manual je..kjap bukak photoskool..kjap masok LYN..cm nk amek exam je..byk btol resources nye..sedar xsedar dah kul2.30am..aduhai sok da la keje..mampos!
Skang nih br la aku phm sket2 apokobondo nye eii aperture..shutter speed..ISO..DOF nih..sblm nih nganga je mbr aku dok explen mende2 tuh sume..dah ade nih br la taw sket2..pelan2 kayuh beb!
Cite aku ng Dear suda berakhir..cite aku ng D90 br bermula..huhu..Lepas nih 0ghekoklanas akan jd blog rasmi aku berexperimentasi ng D90 alias Dear br aku nih..
Babai Dear lame!
Calusss!
Wednesday, November 12, 2008
Aku Dalam Dilema Lagi
Hmm mlm nih cm jd mlm yg menakutkan bg aku..rs cm horror ja..
Ntah..aku pn tataw nk ckp ape..
Br je td..Dear ckp Dear terasa hati ng aku..Dear benci aku..
Terkezut aku..rase cm gelap je dunia nih..
Sbbnye..psl semalam
Smlm aku adela anta emel kt Dear..juz nk ckp aku da taw Dear kapel ng sape skg..tuh je niat aku yg sebenarnya..
Xde langsung niat nk suh Dear jd makin benci kt aku..kalu nk suh makin syg adela...
Tapi aku rasa Dear da slh phm ng emel aku tuh..
Aku sbnrnya tgh blur...ayat mn yg wat Dear rasa benci kat aku..
Adakah sbb aku persoalkan nape Dear xnk ngaku kapel ng org tuh?
kalu sbb tuh..aku bkn nk persoalkan sgt..cume aku nk taw je nape Dear xnk ngaku..
mungkin ayat aku tuh nmpk cm kasar sgt n busy body kot..
Kalaulah sbb nih Dear marah..aku terima la..nk wat cmne..itulah kelemahan aku..
Tapi aku ter pk gak..kalu sbb lain..
hmm..
Dlm emel tuh aku ade ckp gak..aku skg da dpt terima kenyataan yg Dear bkn milik aku lg..n aku rasa bahgia tgk Dear ng bf Dear.Aku da bley let it go.
Dan satu lg aku ckp..
Lepas nih Dear xkan jmpe lg p0kpih yg skg nih..iaitu p0kpih yg still mengharap cinta Dear..
Ntahla...
Kalu sbb yg kedua nih yg wat Dear benci kt aku..aku rs cm ade pelangi selepas hujan ja...
Tapi aku xnk la syok sndri kan..kang merana badan lak..
Harap2 sbb yg 1st la..tp jauh di sudut ati aku mengharap yg 2nd 2..hehe..
Lepas Dear bce emel tuh..kitorang berYM la kjap..
Dear tnye aku da lpe ke jnji aku dl..xnk kontek Dear da..nih nape kontek blk..
Aku reply..
Aku hanya akan kontek Dear bila aku da xrase syg kt Dear..
So Dear tnye la...so skg nih da xrase la..
Aku jwb la..
Bkn xrase cume aku pendam n sorok2 dlm2..
sbb nye aku da xtahan..makin aku nk buang syg 2..makin bertambah syg aku kt Dear..
so wat ms skg..baek aku simpan la dl..
Dah tibe ms nye nti..aku akan bg la kt Dear blk..tuh pn kalu ada jodoh..kalu xde..biala syg nih...syg utk Dear bersemadi tros kt dlm ati aku..
Tapi ayat yg last tuh aku xgtaw la Dear..xsmpat..Dear da signout..
Melepasss..hehe
Aku kontek Dear mlm td pn..sbb i need sum0ne to talk to..aku mn ade org lain..Dear je sudi dgr rapikan aku..xsangka lak jd cmnih..
Sebenarnya..mlm td aku dpt pengajaran lg..
aku nih sebenarnya bkn nye bley let it go..but i can let it be..cm yg aku ckp dlm entry SEPI sblm nih..
Jikalau Dear bahgia ng pilihan Dear skg nih..aku pn akan rs bahgia dr jauh..aku akan lpaskan harapan dan perasaan aku nih.
Akan tetapi jikalau Dear xbahgia..aku akan tarik balik harapan dan perasaan itu..n aku ttap akan tggu kt cni smpi Dear dtg..
Aku harap Dear akan sedar yg aku sbnrnya aku nih akan tetap tggu Dear..wlpn cume ade secebis harapan..
Aku akan sabar menunggu..
Cuma wat msa nih..bia la Dear ng dunia Dear dl..aku ng dunia aku..aku xnk kaco Dear n dh37V..
sbb bkn prinsip aku kaco kebahgiaan org lain..
Aku hanya akan memerhati dari jauh..jikalau ade jodoh barulah aku akan mengorak langkah menekel kembali..hehe
Sesungguhnya..setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dan di harap Dear akan memaafkan aku dan memahami maksud ku yg sebenarnya..
InsyaAllah..
588 8 7336!
