"Gua akan keluar dari blog bermula dari 27.5.2010 dan tidak akan kembali ke blog ini sampai 30.5.2010. Jika mendesak sila hubungi telefon gua di ext 5784. Maaf atas ketidaknyamanan ini."
Selambelah pakcik google translate ayat english gua jd camni. Pandai juga dia buat kelakar.
Terima kasih pakcik! Gua rasa nyaman.
Oh Perhentian. Gua mmg xsabar mahu ketemu same lu. Nantikan kemunculan gua di sana.
Yeah!!!!.
Thursday, May 27, 2010
Outstation
LUAHAN p0kpiH Pada 2:11 AM 0 Komen
Labels: aku, Jalan Jalan, Percutian, Release Tension
Tuesday, May 25, 2010
Bicara Manis Menusuk Kalbu
"Lu kerja mana skang?"
Ayat nih konpem akan keluar bila kita berjumpa dengan member member lama yang dah bertahun tidak bersua. Tak kira la jumpa kat mana mana pun. Kenduri kawen ke. Dalam LRT ke. Kedai makan ke. Kira ayat nih dah jadi ayat wajib pembuka bicara la. Betol tak?
Gua bukan ape. Setiap kali gua gi kenduri kawen member sekolah gua. Mesti ayat ni je yang kuar. Dah berbelas kali kot gua tanya camtu kt orang yang sama. Tapi yang bagusnya, orang tersebut masih sudi menjawab pertanyaan gua itu dengan penuh dedikasi, ikhlas dan jujur. Saspek la gua same lu beb!
Gua percaya dalam hati member gua tuh mesti menyampah.
"Haih mamat nih. Rasa dah sepuluh kali dah tanya pasal kerja aku nih. Takkan tak ingat2 lagi kot"
Gua rasa inilah yang dibisikkan oleh hati member gua tuh. Takpun yang nih.
"Siak tol pokpih. tak concern btol pasal aku. Asal jumpa je tanya benda yang sama. Penat la nak menjawab kalu macam nih"
Tapi takpe gang, gua bukan lupa lu orang, gua ingat. Cuma gua tataw nak starting macam mana ja. Rasa kekok doh kalu dah lame lame nih.haha (ayat kaber).
Okla.Lepas nih kalu kita berjumpa lagi, gua akan tukar ayat pemula bicara gua kepada ini.
"Lu nampak hensem/cantik la hari ini"
Amacam.Cool tak?
Ya aw aw!!
Monday, May 24, 2010
Nasi Ayam Berempah
Mutiara Ma Catering suatu masa dahuluTengah dok syiok2 godek folder gambar gua. Gua terjumpa dengan pic nih. Rasa sayu je kalu tengok balik gambar ni. Kalu lu orang nak tahu, di sini la tempat gua membeli nasi ayam berempah time kecik kecik dulu. Time tuh kt kampung gua mmg dah femes abis da nasi ayam berempah ni. Memang champion la. Thanks to auntie Ma aka ibu kepada Bujamumisukan kerana memperkenalkan nasi ini kepada gua. Nasi ayam berempah beliau mmg bulih buat gua tidak tidur malam la. Sampai termimpi mimpi tambah mengigau sket2 la. Betul beb. Kalu lu xcaye lu tanya mak gua. Dia punya sedap tuh. Peh. Kalu ade 2 bungkus pun, konpem gua boleh abehkan la.
Dulu time gua nak gi kelas tambahan ke tuisyen ke. Konpem gua singgah kat kedai Mutiara Ma nih. Beli sebungkus plus air teh o beng then bawak gi kelas. Sambil tunggu cikgu sampai. Gua layan nikmat ayam berempah dulu. Care ah beb. Gua taip nih pun gua rasa lapar je tetibe. Arghhh. Sedap sedap.
Tapi malangnya sekarang, gua tidak dapat lagi merasa kesedapan nasi ayam berempah ni dek kerana faktor usia auntie Ma. Gua dengar cerita. Auntie Ma telah menurunkan ilmu dan resepi nasi ayam berempah ni kepada anak anak jantan beliau.
Gua harap, anak beliau iaitu member gua, Bujamumisukan dapat meneruskan tradisi nasi ayam berempah ni hingga ke akhir garisan.
Sekain.
sistem.pesanan.ringkas:
Untuk makluman, deretan kedai kedai di atas kini telah tinggal kenangan dek dihanyut oleh arus pembangunan yang sedang melanda kampung gua, Kok Lanas. Tapi semua itu masih bermain main di kotak fikiran gua.
Update
Fewit2.
Lawa la pulak gua tengok gambar Lisa Surihani kt fesbuk beliau. Aduh. Kenapa la Lisa tuh bukan awek gua. Kalau tak, konpem dia bahagia tidak terhingga nye. Arghh.
Lamunan gua terhenti.
*****
Mmg lame siak gua xupdate blog nih. Nasib baik gua ingat lagi password dia. Gua ingat nak start balik la kerja2 membloging nih. Nih gara gara kursus motivasi yang gua pergi 2 hari lepas kat Bukit Tinggi ar nih. Semangat gua rasa berkobar kobar lak untuk mengupdate blog ni setiap hari. Terima kasih tidak terhingga buat fasilitator di sana kerana berjaya memotivasikan gua yang kurang motivasi nih. Jasamu tidak ku lupa. Ya aw aw.
Masa sekarang asyik jeles je kat gua. Baru gua tengah syiok layan blog. Sedar2 dah pukul 1.35 la pulak. Aduh terpaksa gua mengundur diri dulu. Dem.
Takde idea sebenarnya nak merapik rapik di tengah malam nih. Tuh yang stop tuh. Hehe.
Sekian n Nite.
Sunday, March 28, 2010
Jiwang
Orang kata cinta itu buta,
Tapi saya kata..
Cinta membuatkan kita boleh melihat jauh ke dalam hati,
Cinta tak perlukan mata,
Tak perlukan telinga,
Cinta cuma perlukan hati..
*layan dgn background music bang nuar - keabadiaan cinta*
demm..terjiwang lak gua..hakhakhak
(dedicated khas utk mbr2 gua yg dah n bakal kawen)
Monday, December 28, 2009
Tiada Tajuk
Tiada tajuk.Itulah tajuk entry gua kali ini.
Sebab apa tiada tajuk?
Sebab gua dah lame tak menaip.
Agak2 boleh terima kah alasan gua neh?
Lu pikirla sendri.
Sekian terima kasih.
sistempesananringkas:
Niat gua cuma satu. Gua mahu memperbanyakkan entry gua je.
Tuesday, October 6, 2009
Momok
Pada hari Rabu yang lepas. Gua bersama sama geng2 opis gua Brader Shah, Brader Kash, Brader Sebastien, Brader Zahid, N Brader "Jalan Sorg2" telah mengambil keputusan untuk menghayati filem arahan M.Jamil, Momok yang dikatakan telah mencapai kutipan melebihi 1.2juta ringgit itu.
Maka, tepat pukul 6.10pm,(untuk pengetahuan semua..waktu kerja gua abeh kul 6.00pm) kami pun berangkatlah dgn menaiki 2jibik kereta nasional ke Satu Utama. Sesudah sampai di sana. Gua dapat lihat akan keghairahan rakyat Malaysia untuk menyaksikan filem tersebut. Ada yang berkostume ala ala Hantu Mak Lampir, ada yang memakai seperti kumpulan Amuk, dan tidak lupa juga ada yang hanya berkemban sahaja.
"Diorang nih nak g mandi ke nak gi tengok wayang?" Gua bermonolog sendirian.
Tapi gua dan brader2 opis gua hanya berpakaian korporat sahaja. Maklumla baru balik keje beb. Takkan la gua nak pakai baju glameres kot yang siap ng wangi wangian lagi. mana nak cekau.lagi pun tak gua la gua kalu pakai cmtuh. (apo gua merapik nih).
Jam sudah menunjukkan jam 7.30pm. Kelihatan warganegara 1Malaysia sedang berasak asak masuk ke panggung wayang GSC. Semangat mereka amat berkobar kobar seperti para pejuang tanahair yang menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Gua amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan itu.
Gua?
Seperti biasa.rilek2 je. takde pun kepoyoan tersebut. Orang suh masuk.gua pun masuk jela. Semangat tuh memang ade.tapi gua tak tunjuk la. gua simpan. Inilah baru betul 1Malaysia.
Setelah menunggu selama 10 mnit.(Iklan). Waktu yang ditunggu telah pun tiba. Maka bermula lah tayangan perdana Momok itu. sambil menonton gua tidak melepaskan peluang untuk mengunyah kuaci n popcorn.
+++++++++
Keluar dari panggung tuh gua n brader2 opis gua tidak dapat berkata ape ape. Sungguh hebat penangan Momok. Sampai semua rasa nak pijak2 je kepala Momok itu. Terima Kasih David Teo n M.Jamil.
Anda mmg terbaek!
sistempesananringkas:
Patutla Norman KRU bleh marah. Kalu gua pun mahu je gua maki.Dem!
LUAHAN p0kpiH Pada 12:52 PM 0 Komen
Labels: Filem Melayu, Office, Wayang
