CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

Gua Rela

Woowooo!!

Masuk ini hari, sudah 5 hari gua merentas Laut China Selatan. Gua macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Gua kena kerja di Sabah. Tak pernah terlintas walau seciput pun dalam kapla otak gua ni untuk kerja di Sabah. Bapak ah jauh dari kota metropolitan Malaysia nih. Tapi apalah daya gua untuk menghalang takdir gua. Gua rela.

1st day gua menjejak kaki di sini gua rasa cam bkn kt Malaysia pulak. Yela, nak msok pn kena amik permit pulak. Ingat gua nih pendatang asing ke ape. Gua anak jati Malaysia la beb. Kat IC gua terang2 tertulis yang gua nih warganegara Malaysia yang sah. Siap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara sahkan lagi tuh. Tensen tol ah gua camnih. Gua masok Thailand pun takyah amik permit. Rilek je. Nih nak msok Sabah kena pulak. Adoiii!! Tapi takpa. Nak buat camno. Gua rela.

2nd day gua bersama sama ng bos gua gigih berusaha mencari rumah2 untuk disewa. Habis semua iklan kat sok kabar gua belek. Sebelum nih gua tak pernah pulak berpeluang membelek iklan sedemikian rupa tapi kat sini gua berpeluang. Gua mengesyorkan kat bos gua supaya menyewa sebuah rumah yang telah penuh diperabutkan agar tidak menyusahkan diri gua untuk membeli di kemudian hari. Tapi malangnya cadangan gua ditolak mentah mentah oleh bos gua. Gua pasrah. Setelah mengsurvey beberapa buah rumah dan berjumpa ng empunya rumah akhirnya bos gua mengambil keputusan untuk hanya menyewa sebuah bilik hotel. Semua rumah tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh beliau. Gua pun tatau ape kriteria2 yang bos gua perlukan. Mungkin perlu ada sorg pembantu rumah yang cun kot. Sukati bos la.
Gua rela.

Hari ketiga, gua memulakan kerja gua dgn penuh bersemangat. Gua mahu setelkan kerja gua secepat yang mungkin sebelum bos gua bertolak pulang ke kota metropolitan. Gua mahu menunjukkan kehebatan gua di depan bos gua bahawa gua ni sorg pekerja yang cemerlang. Sebenarnya gua cuma nak membodek bos gua supaya upkan lagi gaji gua biar mencecah puluhan ribu ringgit. Baru masyuk beb.

"Abeh projek nih bolehla gua mengangkat sejibik Type-R untuk gua berlagak di depan member2." Gua berangan sendirian.

"Pokpih, abg rasa projek ni memerlukan bajet yang tinggi sebab kita terpaksa berulang alik dari KL-KK." Bos gua bersuara tetiba.

Hati gua tersentap. Type-R yang gua angan2 kan itu hanya bermain2 di laptop gua jela.
Gua rela.

Hari ke-4 gua masuk keje seperti biasa. Pagi2 lg gua sudah terpacak di depan mesin punch. Semua org kt opis baru gua memandang gua semacam je. Gua pn buat selambe derk je sbb gua takde lak kacau dorg semayang. Teros gua mengepunch punch card gua.

"Apehal merah lak nih?" Gua kehairanan.

Cis! rupanya dah kul 9.30 am. Mmg patutla gua kena cop merah. Muka gua blushing tetiba.
Gua rela.

Calus!

2 Komen:

Donut said...

ko trus keje sane ke?

p0kpiH said...

aah..tp sebulan skali tu balik ah..huhuu